Kembara Hujung-Hujung Minggu pt 2


Trip ke Tanjung Malim / Sungai Dara (24/2-26/2)
Asalnya tarikh ni dah di book untuk reunion ladies Ombak 10 kat Janda baik. Tapi disebabkan macam-macam benda jadi last minit, terpaksa batalkan walaupun dah book chalet & bayar deposit. Macam -macam konflik timbul tapi akhirnya ada plan lain untuk ganti aktiviti ke janda baik. Sorang kawan mengajak piknik kat Sungai Dara, Tanjung Malim berdekatan dengan rumah sewa beliau. Maka saya dengan suka hatinya bertolak ke Tanjung Malim lepas kelas hari jumaat.

Jauh jugak perjalanan disebabkan banyak detour, kalau nak ikutkan pergi ke Tanjung Malim naik kereta dalam satu jam lebih. Tapi disebabkan takde kereta nak ditumpang maka terpaksa la naik public transport. Ye pertama kali naik public transport ke Tanjung Malim. Mula-mula of course kena naik bas T603 untuk keluar dari UiTM. Sampai kat seksyen 2, kena naik bas U80 untuk ke KL Sentral pulak. Tiba di KL Sentral terus naik komuter menghala ke Rawang, kemudian transit tren ke Tanjung Malim. Masa naik tren dari rawang ke tanjung Malim ni tanpa diduga tren tiba-tiba berhenti agak lama, rupa-rupanya bahagian gerabak pertama /enjin langgar lembu (?) Tak tau betul atau tak tapi lepas tu saya dan penumpang-penumpang lain terpaksa tunggu tren lain datang. Di tengah-tengah rel keretapi tu kami turun & kena panjat naik gerabak tren ETS menuju ke Ipoh. Selamat sampai di Tanjung Malim dalam Jam 12.30 malam.

Esoknya awal pagi kami ke pasar untuk beli bahan-bahan untuk memasak. Menunya bihun goreng, nasi goreng, nugget, sosej & kentang goreng. Lepas beli barang mesti la kena balik & masak. Lepas zohor baru bertolak ke Sg. Dara. Malangnya masa gerak tu pun dah nampak awan mendung berkepul-kepul walaupun belum hujan. Nak ke sungai dara kena lalu kawasan perkampungan, jauuuuuhh ke dalam hutan. Jalan pun jalan kampung yang kecik je tapi nasib baik ada tar. Sampai je kat kawasan piknik, kami pun bawak bekal makanan ke tepi sungai, tapi hujan mula turun renyai-renyai tapi nak jugak tunggu sambil makan. Last2 hujan macam jadi makin lebat so kami pun packing nak balik. Tapi sebenarnya singgah tasik kat Proton City. Sambil duduk-duduk sambil ambik gambo. Berjalan kaki pusing-pusing tasik sambil skodeng orang naik kayak haha.Lepas penat kami pun pulang- Malam tu hantar kawan ke stesen komuter & kena marah dgn staf ktm sbb masuk kawasan menunggu tren walaupun takde tiket =..=;;

 Sungai dara yang banyak batu~
 Bergambo sebelum makan
 Bergambar sakan kat Tasik Proton City
Stesen Komuter Tanjung Malim menghantar orang dalam gambar balik 

Esoknya kami bangun awal pagi sbb nak tebus balik peluang smlm pegi mandi sungai. kali ni tak masak sebaliknya beli nasi lemak bungkus kat gerai tepi jalan je. Sampai kat sungai, makan dulu, lepas tu turun sungai dengan mulut yang tak habis-habis cakap sejukk sejukk.huhu. Lepas puas berendam 2 jam, kami pun pulang. Dalam pukul 12 terus menuju ke stesen komuter Tanjung Malim utk balik ke Shah Alam

Khabar baik Japan - Pavilion Kuala Lumpur (3/3/2012)

kureepu~waii~waii~
Dapat tau pasal event ni daripada salah sorang net-pal, Dann. Berpakat untuk jumpa kat stesen monorail bukit bintang & jalan kaki sama-sama menuju ke pavilion. Bila sampai ada satu pertunjukan cerita bergambar utk kanak-kanak oleh mahasiswa universiti jepun. Sambil-sambil tu kami pusing-pusing tengok booth apa yang ada tapi kebanyakannya tak menarik perhatian pun =_=; Kemudiannya kami naik ke tingkat 6, menuju ke Tokyo Street untuk tengok persembahan Japanese Drum, & Ninja Performance dari Edo Wonderland.



Antara video-video yang sempat dirakam

muka bahagia kat Tokyo Street

Sempat Jugak pusing-pusing kat kedai-kedai yang ada sebab baru 1st time pi Pavilion. Teruja nampak kedai crepe & tanpa membuang masa terus beli sebab dah lama teringin nak makan, walaupun harga 1 strawberry flavoured crepe + ice cream topping = RM 9.90 orz. Makan tengahari agak lewat, & susah jugak nak buat pilihan kat food cout tu tapi last2 makan kat pizza hut, orang belanja pulak tu ^^.Sebelah petang kami ke tingkat 3 semula, sebab nak beli kuih mochi & tengok persembahan nyanyian oleh Aizdeen & lagi sorang penyanyi perempuan (tak tau nama). Lepas Persembahan habis, ambik group photo sat, then balik ke rumah masing-masing~

bergambar dgn pelakon-pelakon aksi ninja~
group photo :D

Comments

Popular Posts