Sekinchan Trip 5-6/4/2021

Baru-baru ni rakan sekerja rajin pula mengajak pergi bercuti. Disebabkan larangan rentas negeri masih berkuatkuasa, cuma boleh jalan-jalan dalam kawasan Kuala Lumpur atau Selangor saja. Jadi kali ni kami ke Sekinchan untuk tengok sawah padi!


Baru tiba di Kuala Selangor

Singgah makan di Cendol Durian Borhan

Mee Rojak Udang sedap!


Kami pilih untuk bermalam di Padi Box Sekinchan, agak viral juga tempatnya. Sekarang dah ada beberapa penginapan lebih kurang sama konsep menggunakan kontena sebagai binaan.




Selepas check in & berehat sebentar, terus bertolak ke Paddy Gallery/Processing Factory milik PLS Marketing Sdn Bhd. Tiket masuk RM5 & selain guided tour, anda juga dapat beras sebagai buah tangan!


dewan pameran barang-barang retro

Cendol beras perang yang sedap! (RM7)

Penggunaan jentera penanam benih banyak menjimatkan masa jika nak dibandingkan dengan guna tenaga kerja manusia. Fuh panas!


Seterusnya kami ke kawasan jeti Kuala Selangor untuk aktiviti 'eagle feeding'. Tempah siap-siap dari D'Tours Kuala Selangor, harga promosi RM45 untuk 3 aktiviti; eagle feeding, blue tears & firefly viewing.

Untuk blue tears bagi saya rasa agak kecewa sebab warna biru plankton kurang jelas, langsung tak dapat ambil gambar. Kelip-kelip sangat banyak, macam christmas lightshow pula, tapi tak dapat ambil gambar juga sebab terlalu gelap.


Bergambar di jeti



Nampak saja bot datang, terus datang banyak burung & helang. Dah tau dapat makan free.


permandangan waktu malam


Kebiasaan saya kalau pergi bercuti sama ada solo atau berkumpulan, saya suka bangun awal untuk teroka kawasan hostel/penginapan. Alang-alang pilih tempat yang fancy haruslah ambil banyak gambar. Lagipun saya seorang yang sangatlah pemalu, lebih suka guna tripod untuk ambil gambar nanti orang kata kesian haha. 







Puas ambil gambar dalam bangunan, tiba masanya kita berbasikal meneroka kawasan sawah padi~





leka berbasikal sampai tak sedar sunburn

Balik dari berbasikal, terus bersiap-siap untuk check out jam 12. Sempat lagi bergambar di hadapan penginapan.





Kebanyakan kedai makan yang popular tutup hari minggu. Settled for Faridah Mentarang Bakar for brunch

Percubaan makan belangkas (telurnya-agak kenyal) & mentarang (rasa seperti kerang)

Pertama kali makan siput pepahat, sedap!

Ikan pari asam pedas & udang galah masak lemak.

Selesai makan kami ke Pantai Redang pula. Main layang-layang semata-mata untuk bergambar & lepak di buaian. 






wishing tree


Puas melepak sampai ada kawan yang tertidur, kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 2 petang.


Kompilasi video log separuh hari di Sekinchan:




Comments

Popular Posts