Update Crochet : Amigurumi Kero-chan & Semester Break Planning

memandangkan final exam dah pn habis 8 mei yg lepas, maka skrg ni dah masuk phase cuti semester. kali ni cuti semester saaaaaaaangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat lah panjang. Dari bulan mei sampai la awal september. Bukan uitm je tapi IPT lain pn macam ni jugak. Apa lagi duduk rumah tanam anggur sekejap ler.

Sempena konvo Yaya yg akan dtg ni, disebabkan nak jimat bajet (a.k.a kedekut) maka aku dengan terlebih rajinnya buat amigurumi kero-chan. Kero-chan ni adalah salah satu watak dalam anime Cardcaptor Sakura. Tutorial crochet amigurumi kero-chan boleh dapat kat sini.

 rupa asal kero-chan sblm henshin

 mengorbankan bantal lama utk dijadikan stuffing dalam amigurumi. you have served me  well dear bantal busuk ;__;
 kero-chan yg dah siap + reben
 kero-chan + bunga2 kedekut

Asalnya kero-chan warna oren, tapi disebabkan kekurangan material maka terhasil la kero-chan kaler pelik malah takde sayap & ekor..huhu. Selain tu ada jugak buat bunga pakai beg plastik (ni lagi mmg nmpak macam kedekut nak mampus) sbb nak combine kero-chan ngan bunga ni jadi jambangan utk hadiah yaya konvo 20 mei yg akan dtg. Start buat kepala sebelum asar & siap attach badan + reben dalam pkul...4 camtu. maknanya nak siapkan benda ni dalam 12 jam je tu pn termasuk waktu bermalas2.

----------------------------------------------

Disebabkan cuti yg agak panjang, maka macam2 plan ada dalam kepala. Buat masa ni camni la plan yg dah dibuat:
-esok : jmpa supervisor
-lusa : menjenguk kawan2 present fyp
-tulat : balik rumah kakak
-20mei : konvo yaya
-22mei : hantar adik daftar asasi tesl kat uitm melaka
-27-30mei : karnival sukan
-7-10jun : fomdex
-12-25jun : pratauliah 
-balik rumah

sementara kat rumah ada beberapa plan lain pulak. Rasa macam nak kerja part time tapi nak kerja apa je dalam masa 2,3 bulan. Maka beta rasa lebih baik la kiranya kalau kerja part time ngan ayahanda beta di kebunnya. Lagipn adik lelaki dah pi sambung belajar, takde sape nak tolong..huhu. Selain tu mgkin jugak nak tlg adik pmpuan ngan kerja part time dia sambung2 small parts dapat dari kilang, dan ada jugak plan nak amik lesen moto. Dah umur 23 lesen moto pn takde lagi =..= . Jadi selamat bercuti kepada rakan2 sekalian. Jangan membela lemak pulak masa cuti ni yer~

kalau balik rumah dah tak ada internet, xde la berjaga sampai subuh =..=

Comments

Popular Posts