Terkejut dengan pemergian seorang rakan sekolah menengah dgn cara yg tragis. Berita tentangnya dimana-mana. malah bagi rakan-rakan yang mengenali arwah, cara kematiannya sangat misteri. Jumaat lepas saya menerima sms darinya bertulis : " apa maksud disebalik kata2 ni
"minda yang rendah boleh dijinakkan dan ditundukkan oleh nasib malang, tetapi minda yang hebat dapat mengatasinya".
Kemudian pagi ahad aku terbangun dikejutkan oleh panggilan telefon rakan yg mengatakan arwah dah tiada...aku mula rasa menyesal sbb tak reply sms tersebut. Dan bnyak lagi yg aku kesalkan.Ajal maut semuanya ketentuan Allah, aku tahu aku kena terima dgn redha. Cuma aku berdoa agar misteri yg menyelubungi kematiannya dapat dibongkar. Dan semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Hanya doa dan al-fatihah yg dapat ku kirimkan kepadamu.
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Dalam Kenangan:
D'zoroni b Abdul Latiff (baris depan, tengah)
1988-2011
Comments
misteri btol sms tuh ek..