bercakap dalam hati pt.5

ptg ni cuaca agak mendung...kebelakangan ni selalu gak hujan. kalau nak pi kelas kena pakai payung. nasib baik la hujan renyai2 dan tak datang ribut taufan. kalau tak habis payung purple tu dari elok je bengkok ke bawah terus jadi mangkuk menadah hujan pulak =..=
semester baru dah seminggu berlalu, setakat ni blm ada apa2 masalah akademik, sem ni amik 4 subjek je.Masalah cari supervisor juga dah boleh katakan selesai, x macam sem lepas asik bertangguh2 mencari last2 drop paper proposal dibawak ke sem ni...teruknya..huhuhu.

.....

Dalam sebuah bilik di aras 5 mengadap  ke arah belakang blok 3, ada seorang budak bergaya rambut ala2 sadako sedang mengadap laptop acernya ; 24 jam sehari. Dalam seminggu pertama 2011 ni laptop acer aspire tu telah didera dan tidak dapat tidur walupun tuannya nyenyak tidur sampai tghri. Internet browser sentiasa terbuka walau tidak digunakan. Laman sesawang mukabuku pula sentiasa berada di tab pertama browser tersebut. Tuan punya laptop sentiasa menanti-nanti sebarang update dari rakan-rakan yg dirinduinya.
Mangatraders, mangafox, blog, nyaatorrents, animestash, deviantart dan youtube adalah peneman sepanjang minggu pertama 2011. Dalam sehari entah berapa bnyak kali site2 itu di-refresh dan dijenguk.Dah la majalah shounen jump bercuti sempena minggu tahun baru, jadi tiada chapter baru one piece dan bakuman .

Akibat terlampau bosan dia buka tab baru dan mencari manga yang masih belum di-download di mangatraders. Selesai mendownload, dia mula membaca manga karya Motomi Kyousuke. sambil membaca dia 'bersembang' dengan rakan alam maya di msn messenger. Disebabkan jalan cerita yang kelakar dia ketawa, tp tiba2 dia tersedar ttg sesuatu dan menjadi sedih. Rakan2 seperjuangan yang masing2 telah tamat belajar kini tiada lagi untuk dibuat teman bergelak ketawa, teman makan dan bersiar2. Emosi yg semakin hilang kawalan menyebabkan dia menangis tiba2. Dahulu di bangku sekolah menengah dia hanya menangis setahun sekali, tetapi nampaknya kini tidak lagi....

Comments

bercakap dlm hati mean bermonolog lah kan? kadang2 penting jugak bercakap dlm hati ni...org kata rehearsal dulu sebelum bercakap...nice blog

Popular Posts