entri 3 hari cuti - lemet & koci, kebun, kerepek pisang
di-copy dari diari harian aku..hahahaha
-----------------------------------------------------------------
12 dis 2010
2220H
Rumah langkap
Jun, julai, ogos, September, oktober, November, disember…peh lama gak aku tak sentuh diari nih..hahahaha…aku terpikir tadi masa cuti ni nak update diari hari2 (kalau rajin ler).hehehehe…
Hari ni aku bangun macam biasa, dalam kul 930 pg, sarapan bihun goring sambil tgk tv. Mlm smlam han balik rumah tp tghri td dia dah gerak nak balik sbb balik pn nak g kenduri kawan dia je… aku dok melepak je kat rumah xde apa nak dibuat. Mak ngan bapak g kenduri kawin kat rmah paman soleh ngan kenduri kat ayer hitam. Aku tgk tv , baca manga, godek2 laptop. Ptg td boring2 sambil tgk tv tiba2 mak hulur pisang yg dah dilenyek, kelapa parut ngan daun pisang….tak lain tak bukan nak buat lemet aka lepat pisang ler tu…hehehe dah lama tak buat…sambil2 tu mak suruh fatin buat kuih koci…bila dah setelkan lemet aku pn tlg2 bungkus koci tuh…hahaa ada yg jadi ada yg tak jadi…
Mlm2 aku tak tau nak buat apa last2 main minesweeper…dulu tak reti main skrg dah tau..yeay dah lepas tahap beginner ngan medium…nak setelkan level paling tinggi plak :P
Rancangan utk esok? Aku rasa nak bersihkan sesawang yg macam dah berpuluh tahun menapak kat rumah ni…cam rumah hantu plak…harap2nya plan tu tak tinggal plan je esok…huhu
Oh no baju banyak gila tak berlipat… *___*
14 dis 2010
1555H
Rumah langkap
Kelmarin aku plan semalam nak bersihkan sawang dalam rumah, tp ak xtau pn smlm kena g kebun air kuning…aku mmg liat nak bangun terutamanya kalau kena g kebun…last2 aku bangun gak..dalam kul 730 kami bertolak naik van…agaknya dah setahun lebih gak aku tak datang kebun air kuning. Kali ni datang sbb nak membaja. Sampai2 aku macam terkejut gak sbb tgk keadaan pokok sawit yg tak sihat. Daun2 tua cam kena gigit ulat dan warna dia kekuning-kuningan. Tapi warna daun muda yg dekat2 pucuk still hijau n nmpak ok. Lpas sampai kami sarapan dulu dan lepas sarapan bapak n farid start kerja bancuh racun rumput. Aku ngan mak bancuh baja garam ngan baja2 lain yg aku baru 1st time nmpak. Kerja2 membaja berlanjutan sampai jam 10 labih iaitu bila baja yg dibawak tu semua dah habis. Aku basuh guni baja garam, basuh kasut but getah n lepak dalam van sambil tgk langit. Birunya langit hari tu…harapnya pokok2 sawit semua berbuah la bnyak2 ye…
-------------------------------------------------------------
2242H
Rumah langkap
Smlam lupa nak tulis pasal buat kerepek pisang…ye kerepek pisang yg dah lama tak buat dalam kuantiti yang banyak. Lepas bngun dan sarapan biskut inti perisa lemon, mak suruh sihah kopek kulit pisang…gila gedabak pisang tu..nama pisang tu errr…dah lupa…huhu…kopek kulit pisang ada caranya. Kalau nak elakkan getah pisang tu melekat pada pisau atau tangan, kena letak minyak masak kat pisau tu..(sila jangan guna minyak petrol dan sewaktu dengannya) kemudian baru la dapat kopek pisang dengan selamat…nnt nak basuh tangan n pisau tu pn lagi mudah ^^. Lepas siap kopek kulit, maka seterusnya aktiviti menjadikan pisang tersebut kepada bentuk yang senang dimakan. Ikut cara mak sagat pisang tu pakai alat penyagat. Sama ada nak jadikan pisang tu berbentuk leper cam kerepek pisang biasa atau bentuk macam hancur besar anak mancis tu pn bole jer…macam dalam gambar ni ha.yang kaler oren tu la alat sagat yang aku guna.
Pisang ni disagat n diletak atas daun pisang dulu sbb kalau terus sagat masuk dalam kuali, nnt pisang2 tu bertindih n bila digoreng tak masak sepenuhnya sbb ada bhgn yg melekat.mmg leceh sikit..bila dah panaskan minyak utk menggoreng, campakkan garam sikit dalam minyak tu. Kalau tak silap utk tambah rasa masin dalam kerepek tu nnt. Goreng sampai tekstur dia cam agak2 dah rangup(tekan2 pakai sudip bukan rasa pakai mulut) dan warna kekuningan. Goreng kerepek ni jangan tinggal lama2 nnt hangus sbb kerepek ni nipis so dia cepat je masak.
Tuskan kerepek yg dh masak atas surat khabar lama. Bila dah sejuk baru bungkus atau simpan dalam Tupperware/balang..jangan bungkus masa panas2 sbb nnt kerepek tu cepat masuk angin & jadi lembek, x rangup.
Comments