Pengakhiran Zaman Bujang : Faiz & Liza Day 2 + Zharif & Hajar

20 Nov 2010

Majlis bagi meraikan pasangan mempelai Faiz & Liza diadakan sehari selepas mereka selamat diijabkabulkan. Bertempat di Taman Botani Putrajaya, kami sekeluarga bertolah dari puchong seawal 10 pagi sbb nak pastikan preparation tempat, catering etc berjalan lancar. Jamuan makan start jam 12 tghri manakala pengantin turun padang pada jam 1 tghri. Kami mmg x buat pelamin so mmg terus makan beradab je la..selesai makan & acara potong kek, pengantin gi bergambar n bersalam-salaman dengan para tetamu yg terdiri dari saudara mara & sahabat handai.

Pengapit lelaki(abg aku gak), pengantin, n pengapit pompuan

 pengantin n 2 org anak sedara
 familyku yg hadir ( 3 org adik x dtg sbb nak exam besau)
 view tasik di taman botani
 permandangan indah taman botani yg dihiasi bunga2 :)

21 Nov 2010

Keesokan harinya pula majlis perkahwinan rakan batch 10 Palapes Laut uitm, Zharif Farhan Ghazali & pasangannya senior palapes gak, pn Wan Nurhajar Wan Zakaria. Zharif adalah org kedua dalam batch kami yg kawin muda selepas Iman yg menamatkan zaman bujangnya setahun lepas & dah pun ada sorang cahaya mata. Akad nikah diadakan sebelah pagi tp aku x dapat tgk, jadi hanya attend majlis persandingan yang diadakan di club house bukit mahkota. Pengantin tiba diiringi paluan kompang dan lalu di bawah laluan pedang disediakan khas oleh pegawai-pegawai psstldm. Later on pengantin bersanding di atas pelamin yg bertemakan warna merah putih & selepas tu makan beradab. Kami warga ombak 10 sempat bergambar bersama-sama pengantin sebelum pulang ke rumah masing-masing.

antara warga Ombak10 yg hadir

 pengantin tiba

gambar kenang-kenangan

Comments

Popular Posts