KL Hop On Hop Off
Sabtu 29 mei yg lepas saya dan 4 org rakan telahpun berjaya pusing2 area KL dengan menaiki bas double decker yang dikenali sbgai bas KL Hop on Hop off. (singkatannya kami paggil bas hoho : P).
Kami bertolak dari uitm dalam jam 10 pagi, tiba di seksyen 2 dan naik bas U80 dengan tambang RM2.50 menuju ke KL sentral. Setibanya di Kl Sentral kami singgah kat kedai runcit beli bekalan sarapan kejap, kemudian menuju ke back entrance tmpat tunggu teksi kat KL Sentral di mana bas hoho tu akan berhenti. Dalam 15 minit menunggu akhirnya bas yang dinantikan pun tiba...Disebabkan kami masih student jadi kami beli tiket pakej pelajar dengan harga RM12. Ada gak pakej lain cam standard, mykad promotion, disabled, student, child, kesemua pakej ada 2jenis iaitu 12 jam / 48 jam pnya tiket.Tiket boleh dibeli dari agen2 bas hoho ataupun beli je tiket masa nak naik bas tu... Lepas bayar, apa lagi naik bas ler...exited ngan kali pertama naik bas double decker aku ajak kawan2 lepak kat tempat duduk open air - xde bumbung...hehehe...sambil menikmati panorama KL sambil makan angin nganga luas2...
click for better resolution
KL sentral sebenarnya adalah hentian ke 11 kalau berdasarkan peta bas hoho.destinasi kami yg pertama adalah muzium negara..kawan yg teringin nak ke situ.so ikut je la...kebetulan skrg tengah berlangsung pameran keranda / pengkebumian.entrance fee RM 2 n tambahan RM 3 utk setiap bijik kamera yang anda bawak...nak amik gamba pun kena bayar tau...pameran ni berakhir 20 Jun nnt. hari tersebut kat pintu masuk ada sorang abg crew RTM amik video kteorg...hehehe...utk dokumentari katanya...kat pameran ni bnyak info2 pasal pengkebumian dari masyarakat melayu, india, n cara pengkebumian dari luar negara...yang paling mahal sekali adalah keranda emas 14 karat...huhu...dah mati pun dok bersalut harta lagi...setting pameran keranda ni mmg besh, penuh ngan info n nampak real hinggakan ke mayat2nya...eeeeeeeee....
basikal camni ada sebijik kat umah...=)
lepas selesai tgk pameran keranda, kami gi tgk pameran negara2 asean(masuk percuma ) & selepas tu pameran2 biasa ttg sejarah malaysia.
destinasi seterusnya kami stop by kat hentian no 13, berhampiran national monument.ni pun pertama kali dok tengok tugu negara depan2 mata...padahal dah hidup 21 tahun...sedih kan?dari hentian 13 nak ke tempat tugu negara tu kena jalan kaki dalam 1 kilo gak kot...nasib baiklah kami wirawati leftenan muda punya kaki yg kuat dan kental...walaupun cuaca hujan tetap tidak menghalang semangat waja...hehehe
tugu tak jadi .hehe...
malangnya kami hari tu bila dah petang cuaca mendung bertukar hujan...lepas melawat tugu negara kami turun pulak kat hentian 6...bnyak gila tempat xleh nak tgk sbb masa dah x cukup...tapi tempat2 cam istana budaya, KL tower, KLCC cuma dapat amik gambar dari atas bas jer...x sempat nak turun pun. kat hentian 6 berdekatan pavilion, kami singgah McD utk makan tghri kul 3 n sekali lagi tak sempat pun nak pusing2 pavilion sbb masa n cuaca tak mengizinkan...akhirnya bas sampai semula kat KL sentral n kami pun turun...pusing2 tgk barang sikit n lpas solat maghrib kami pun berlari mengejar bas U80 yang hampir nak terlepas...selamat tiba di sh alam dalam jam 2130H...sekian
p/s: lain kali nk gi lagi...bg complete sume hentian =)
Comments