Kapal Selam Pertama, yeah~~
taken from utusan malaysia online
Kapal selam pertama kita tiba Julai
KOTA KINABALU 11 Mac - Kapal selam pertama jenis Scorpene, yang akan ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, dekat sini dijangka tiba Julai depan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, persediaan bagi menyambut ketibaan kapal selam pertama KD Tunku Abdul Rahman kini berjalan dengan baik.
"Saya diberitahu pangkalan TLDM (Sepanggar) siap sepenuhnya mengikut jadual pada Jun ini,"katanya kepada pemberita semasa melawat Pangkalan TLDM di Sepanggar dekat sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan turut berpuas hati dengan tahap persediaan TLDM Sepanggar menyediakan kemudahan sokongan bagi menampung kapal selam itu.

Comments