tahap ketagihan Anda...XD

baca 20 ayat2 di bawah dan jawab ikut kesesuaian XD.....jom tgk tahap ketagihan korang terhadap internet....
kalo semuanya dah ya, mmg ketagih tahap babun la tuh

credits------>diubahsuai dr post http://kembara-ulung.blogspot.com/


1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
TIDAK
2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.
YA
3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. "Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?" Jawabnya, "Online."
KADANG2
4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
KADANG2 GAK
5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!
OH TIDAKKK
6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
ADA LA SIKIT
7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, "Ah! Aku dah lewat!"
SEBAHAGIAN DARINYA...:p
8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. "Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak hantar testimoni ke Friendster kawan-kawan... Mana cukup masa!"
NOPE
9. Bila orang tanya, "Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?" Anda jawab, "Ada la..." Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. "Kutuk Intenet bererti kutuk aku!"
SESEKALI
10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, "Indahnya jika ada Internet."
EHEHEHE
11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. "Bila la aku boleh online." "Lama mana dah kamu tak online?" "Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni."
YUP....tapi jarang ada org tanya
12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
YAAAA...........
13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda 'Jangan Ganggu' ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
Xde la sampai camtu
14. Tidur terganggu kerana online.
Selalu la jugak
15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
X pnah pun...
16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, "Sekejap!"
Selalu gak
17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
Penah ke aku buat??
18. Bila orang tanya, "Berapa jam anda online setiap hari?" Anda akan buat-buat lupa.
Ak cakap , aku tak kira la plak...XD
19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. "Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?"
kadang2 kuar jalan2 cuci mata
20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. "Bosaaaaa... [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]
Ngahahahahahahahahahaha....btul la tuh


Jom tag org lain....aku nak TAG..........eichi-sama & atin desu...~~<3

Comments

Popular Posts