cs233Trip to Pangkor & UiTM Japanese Cultural Festival 2011

~cerita pangkor kali ke-2~

Weekend minggu lpas( 13, 14, 15 jan) aku dan bebudak cs233 group B yang lain berjaya tiba di pangkor setelah beberapa belas hari planning dan perbincangan di facebook. Bertolak dari stesyen bas sek.17 Shah Alam naik bas transnasional menuju ke Lumut pada jam 2 ptg dan tiba di jeti Lumut dalam jam 7 ptg (5 jam). Kemudian kami naik feri ke Pulau Pangkor dengan tambang RM 10 =__=;; utk pergi dan balik... Setibanya di jeti pangkor, kena naik teksi van pulak. Disebabkan ada 16 orang, jadi kena naik 2 van. Tambang dari jeti pangkor ke chalet kat Teluk Nipah adalah RM20 =..=;; utk satu van.


Disebabkan nak jimat bajet, leader cuma tempah 4 bilik utk kami 16 org kat D'lima chalet ni. Tapi kalau nak diikutkan kami ada 6 org lelaki & 10 org pompuan...maka 2 bilik laki, 2 bilik pompuan. Padahal bilik tu sebenarnya muat utk 3 org jer. Lepas letakkan barang n cuci2 muka sikit, kami gerak ke tepi pantai utk cari tempat 'mencekik'. Menu malam tu agak best, ikan masak 3 rasa, tomyam campur, nasi putih n telur dadar... Mmg tgh lapar gila sbb dr pagi x makan apa2 pn kecuali roti. Lepas makan kami jalan2 kat pantai Teluk Nipah , dan singgah satu pot tmpat org karaoke secara open tepi pantai...mmg ramai yg beratur nak karok mlm tu...kawan2 lelaki ada gak yang tunjuk bakat dengan nyanyi beberapa lagu dan ada gak yang berduet...cayalah! Selesai karaoke hampir 1 pagi gak. sebelum balik kami tapau burger sbb dah lapar balik...Kemudian balik ke bilik masing2 & tidurr (walaupun aku tido agak lambat sbb bawak laptop n broadband hahah)

2nd day bermula dengan acara sarapan beramai ramai kat chalet sebelah memandangkan kami tak mintak chalet kami sediakan makanan...sarapan aku adalah 2 keping roti canai..lepas kenyang makan sarapan kami bersiap2 utk ke pantai yeay~

Aktiviti snorkling kat Pulau Giam kalau tak silap. Kami dibawa naik bot kecil ke pulau yg letaknya tak berapa jauh dari teluk nipah. Sampai kat Pulau Giam tu ada instructor yg ajar kami cara2 pakai lifejacket, cara2 floating, macam mana nak bergerak dalam keadaan meniarap & menelentang. Selesai water confident tu dia bawak kami pi jungle tracking , panjat bukit kecil utk ke lokasi snorkling kat bahagian pulau yg bertentangan. Aku agak tak selesa sbb panjat bukit pakai sandal getah jer (slalu pakai spike boot) pastu getah pinggang seluar track lak asik menggleber nak jatuh sbb seluar berat & basah. Tiba je kat lokasi snorkling tu kami pn masuk terus dalam air & bawak roti utk bg ikan2 makan...Ikan2 mmg bnyak kat tempat yg agak dalam pastu bila ada org campak roti je mmg ikan2 tu terus kerumun...Dah la muka tgh dalam air takut gak kena gigit ikan..huhu..Ada member2 yg nakal pi baling cebisan roti bnyak2 kat sorang member yg lain ni so semua ikan pun meluru ke tempat dia..haha..Disebabkan dah puas snorkling aku ngan 2 org kawan balik ke chalet lbih awal dr org lain, manakala bebudak lain ada yang sambung aktiviti kayak...ptg tu melepak dalam chalet sambil terbaring merengek kesakitan sbb muka pedih kena sunburn.

Mlm tu kami buat BBQ tepi pantai. Bahan2 semua orang chalet yg beli tp kami yg kena siang ikan, sotong & udang dan prepare bahan2 utk peram skali...lpas bawak alat bbq ke tepi pantai kami start nyalakan bara dengan bersusah payah baru nak hidup trima kasih kepada getah tayar pelampung rosak yg kami jumpa tepi pantai. Agak bnyak gak benda yg di bbq, aku yg tolong kipas bara, tolong basuh bekas, tolong bakar semua benda last2 aku makan sikit je sbb tak lalu nak makan =..= Lpas mknn abis & hantar alat2 ke chalet, kmi ke tmpt karaoke lg tp sbb ramai sgt org, cuma berpeluang dengar je...Balik dr pantai terus bummmm tidoq.


Last day @ pangkor aku bngun awal sbb mmg dah plan nak jenjalan tepi pantai sensorang sbb aku bajet bebudak lain mmg takkan bngun punya. Dalam 7 pagi aku dengan tak mandinya terus jalan2 kat pantai sorg2 macam org takde kawan  T_T ..Bila nampak dahan pokok yg agak rendah aku pi panjat (buang tebiat), main buaian, tali tarzan dan main2 air sikit sbb xnak seluar basah...dalam setengah jam lpas aku sampai pantai, ada plak sorang member laki aku dtg jalan2 kat pantai gak...tapi tak buat apa pun ngan dia, duduk termenung je la tengok ombak & laut. jam 8 pagi aku balik ke chalet utk mandi, then kami gi sarapan ramai2. lpas sarapan berjalan2 cari ole2..dapat beli keychain je sbb duit x cukup =..=. 12 tghri kami berkumpul & gerak ke jeti utk pulang....



~Cerita festival budaya jepun~

weekend minggu ni pulak aku spend kat uitm je.Sabtu 22 jan Persatuan Bahasa Jepun UiTM anjurkan Japanese Cultural Festival bertempat di Dataran Cendekia. Aku turun event ni sbb masuk pertandingan nyanyi lagu anime/j-pop XD..sesaja nak masuk padahal ketaq lutut. Start event dalam 8/9 pagi ikut poster tp aku turun pkul 10 dan masa tu tgh majlis perasmian lagi. Lepas perasmian ada demonstrasi karate dan booth2 yang ada kat situ pn dah mula bukak. 11 pagi kawan2 chatting aku , Yuki & Dann & sorang lagi kawan dann dtg nak melawat festival ni ^^. Antara booth2 yang ada adalah booth restoran O-Shima yang menjual mkaanan2 jepun halal, booth khidmat sewa n ambik gambar yukata, booth pelukis2 yg melukis manga, booth permainan tradisional jepun, dan ada gak booth anime yg menawarkan khidmat meng-copy anime ke dalam external, dan pertandingan meneka lagu anime ^^. Pertandingan menyanyi start jam 12 & aku dapat giliran no 8 - nyanyi lagu Angel Gate lagu FictionJunction Yuuka. punya la nervous gila masa dah naik atas pentas & nyanyi. Tp malangnya aku kalah (dah semestinyer) & juara tu saudari yang nyanyi lagu Doraemon je! Lepas solat zohor kami makan tengahari & aku blanja kengkawan makan ABC.. teruja sgt diorang tgk ABC yg besar & macam pelangi tuh XD. Aktiviti sblah ptg tak bnyak, ada pop kuiz ttg jepun dan persembahan band Kinyoubi Rock yg tak berapa memuaskan =..= Tak lama lpas persembahan habis kami balik ke blok teratai 3 sbb Dann nak copy anime dr laptop aku =..=. Malam tu yuki tido kat bilik aku (secara haram) sambil2 layan citer Kobato sampai 7 episod. sbb letih dia tido awal dari biasa :)

Lpas makan tghri kat seksyen 2,hari ni kami jalan2 kat kompleks PKNS & Plaza Alam sentral sblm hantar yuki balik . terjumpa pulak dgn ex roomate dah alang2 makan semeja ler.Lpas makan gerak ke PKNS.Yuki  beria nak blikan baju utk aku..Baju yg dia pilih sampai ada 5 nasib baik tak beli semua jer =..=. Lpas bli baju kak long batch onbak 10 datang pulak. Mmg smlm dah ajak dia keluar sbb hari ni birthday dia.. Tp last2 dia xnk makan kek tp berkaraoke kat K-box tingkat 4 PAS. Sampai sakit tekak gelak2 ngan nyanyi. Lpas bli kek n bg hadiah kt kak long, dia pn blik ke rumah tp kami gerak ke KL sentral sbb nk hntr yuki balik naik KLIA express. Yuki naik erl dalam 5 ptg, then aku solat asar skejap kat KLsentral, sempat pulak beli cardigan kat situ, & bernasib baik sbb sempat kejar bas U80 utk balik ke sh alam. Sampai di bilik teratai dalam jam 7 pm...

2 minggu ni mmg seronok, dan semester ni sbnarnya tak sesunyi yang aku jangkakan :) Thanks a lot friends ^^

-gmbr akan diupload kemudian-

Comments

salam...bestnya...
saya x jejakkan kaki kat c3 lagi..huhuhu..
mesti seronok habis....

huhuhu