bercakap dalam hati pt.4

Sungguh. Aku mmg susah betul nak paham kenapa cara interaksi mereka camtu rupanya. Dah 3 minggu aku menumpang kat sini, macam-macam intonasi suara aku dengar. Manja, biasa, marah, meninggikan suara, merajuk, memujuk dan lain-lain lagi. Aku yg duduk mendengar ni mula rasa risau, rasa takut, apatah lagi bila nada suara mereka dah nak menjurus ke arah bergaduh. Selama aku dok kat rumah bersama mak ngan bapak, aku tak pernah la pulak dengar parents aku ni gaduh-gaduh sampai nak meninggi-ninggi suara. Jadi bila dapat pengalaman baru camni aku jadi gelabah dalam hati. Mujur la takde insiden membaling pinggan mangkuk, baling selipar jepun, pasu bunga atau tv plasma dan yang sewaktu dengannya. Dan yang paling aku pelik, gaduh2 pn paling lama sejam pastu dah berbaik balik..sungguh aku mmg tak paham hidup berumahtangga. Ye lah, aku mana nak pnah gaduh-gaduh sayang jauh lagi gaduh-gaduh rumahtangga, ate dah x kawin lagi nak buat camne.

Dan itulah, setakut mana pun aku semua rungutan takkan kedengaran sbb aku cuma bercakap dalam hati :)

Comments