Skip to main content

Posts

Featured

Sekinchan Trip 5-6/4/2021

Baru-baru ni rakan sekerja rajin pula mengajak pergi bercuti. Disebabkan larangan rentas negeri masih berkuatkuasa, cuma boleh jalan-jalan dalam kawasan Kuala Lumpur atau Selangor saja. Jadi kali ni kami ke Sekinchan untuk tengok sawah padi! Baru tiba di Kuala Selangor Singgah makan di Cendol Durian Borhan Mee Rojak Udang sedap! Kami pilih untuk bermalam di Padi Box Sekinchan, agak viral juga tempatnya. Sekarang dah ada beberapa penginapan lebih kurang sama konsep menggunakan kontena sebagai binaan. Selepas check in & berehat sebentar, terus bertolak ke Paddy Gallery/Processing Factory milik PLS Marketing Sdn Bhd. Tiket masuk RM5 & selain guided tour, anda juga dapat beras sebagai buah tangan! dewan pameran barang-barang retro Cendol beras perang yang sedap! (RM7) Penggunaan jentera penanam benih banyak menjimatkan masa jika nak dibandingkan dengan guna tenaga kerja manusia. Fuh panas! Seterusnya kami ke kawasan jeti Kuala Selangor untuk aktiviti 'eagle feeding'. Tempah

Latest posts

Sekeping Tenggiri Staycation 24-25/10/2020