Bercakap dalam Hati (part 2)

Aku mengadap laptop...tangan kanan yg pegang mouse tak berekor ni digerakkan ke address bar. satu2 web yang biasa aku bukak aku tgk...tak ada update.

Kemudian aku baring. tengok siling warna putih2 kerim. aku angkat tangan biar tegak macam budak2 sekolah rendah angkat tangan nak luruskan barisan...seolah2 macam nak menggapai sesuatu...apa agaknya 'sesuatu' tu? Macam menunggu seseorang datang dan menyambut tanganku itu...tapi yg datang menyapa hanya ....Angin...atau mungkin juga tahi cicak...cepat2 aku duduk semula

aku bukak windows live messenger. ada dua orang mangsa tetap online. siap sedia utk menerbangkan 'jajan'.
Seriously, aku tgh bosan.

-end part 2-

Comments