Lantikan & Kenangan

Cerita tentang perlantikan

baru2 ni kena pegi meeting kolej....hm...rupa2nya meeting utk perlantikan JPK(jawatankuasa perwakilan kolej) Teratai...semester lepas aku disuruh menyemakkan diri pegi interview JPK nih...sebenarnya kalau boleh mmg taknak terlibat...tapi memandangkan pihak atasan nak wakil dari setiap servis, maka aku & yusrin terpaksa pergi interview tu...kenapa kami??sebab kami berdua je yang ada tempoh lebih setahun lagi belajar kat uitm...subby2 @pegawai2 lain mmg dah nak habis study jadi mmg tak boleh nak menjawat jawatan JPK ni...

walaupun hati tak rela nak pergi interview, tapi aku prepare la jugak diri sikit2 nak dtg interview...takkan nak dtg interview bodo2 je...dtg selekeh x properly dress up kan??at least kena la tunjukkan penampilan luaran tu sesuai la dgn title seorang pegawai tak pun at least sbgai pelajar la...

dalam interview tu,yang mana panel2nya terdiri dari residen staff teratai, aku cuma disuruh perkenalkan diri...cerita sikit pengalaman2 berkaitan apa yg aku dah blaja...ada juga diotanya macam mana nak mempromote aktiviti kolej melalui blog, website dsbnya...

jadi setelah bermulanya semester baru ni aku pun dipanggil, dan diberi jawatan exco publisiti & multimedia...nasib baik la mmg ada sikit sebanyak berkaitan dengan apa yang aku sedang dan akan belajar....harap2 tugas ni tak terlalu membebankan aku dan aku harap dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran utk sem ni...jawatan BCO kat level pun still kna pgang lagi...haih...

Cerita Kenangan

Semalam seorang rakan lama sekolah rendah upload gambar masa kami darjah satu di facebook...mmg tak berapa jelas...tapi disebabkan gambar tu, aku dapat la jugak contact balik ngan kawan2 dulu...lepas sekolah rendah dan masuk zaman sekolah menengah, mmg susah nak terserempak kat mana2 walaupun dduk satu kampung...sampai la sekarang ni baru la nak terjumpa kat facebook...hmmm...dunia mmg kecik je...



ni gambar masa tadika...sape la yg tgh menyanyi tuh...


gambar masa darjah 2 bersama2 cikgu2 praktikal



darjah 6, gambar utk buku skrap kemahiran hidup


masing2 rasa kelakar bila tgk gambar2 lama...hihihi










Comments

Popular Posts