Kembara Hujung-Hujung Minggu Feb pt 1

Di bulan Februari ni saya banyak berjalan-jalan ke sana ke mari. Pergi ke hutan & sungai, melawat saudara etc.

Trip ke Ulu Yam (5/2)
Diajak last minit oleh kawan pada tengahari 4 Feb, petangnya saya terus bergegas ke KL menaiki bas RapidKL U80 dan turun di Stesen Universiti di hadapan Universiti Malaya kemudian di pick-up oleh kawan dan menuju ke pasar malam berdekatan untuk beli barang mentah sebagai persiapan nak memasak makanan untuk hari esoknya. Menu untuk berkelah adalah nasi lemak dan ayam goreng. Ada jugak beberapa side dish lain macam kek batik. Nak masak punya pasal, sanggup tak tidur lepas subuh. Ikut plan asal kononnya nak gerak pukul 8, tapi macam-macam hal dalam pukul 9 baru betul-betul gerak ke Ulu Yam.

toilet

Kalau nak ke Ulu Yam kena lalu Batu Caves. Masa tu pulak lusanya hari thaipusam. Jadi jalanraya penuh dengan kereta parking ditepi-tepi jalan. Polis trafik pulak ada dimana-mana. Simpang nak ke Ulu Yam pulak tak boleh masuk. Nasib baik kawan kepada drebar tau jalan alternatif. Tiba di Ulu Yam dalam pukul 10 am. Tak ramai orang yang ada. Lepas parking kereta (bayaran masuk/parking utk 1 kereta RM4 kalau tak silap) start cari tempat untuk letakkan barang. Agaknya sbb kawasan ni popular sangat, sampah tetap ada merata-rata walaupun belum sampai tahap serius. Nak letak barang/makan pun tak selesa sbb ada lalat/langau menghurung makanan.Lepas bentang tikar, letak barang, benda yang saya buat adalah MAKANN!! Langsung tak pedulikan 2 orang mamat yang ikut sekali sebab dah kebulur :P Aktiviti hari tu adalah makan, mandi, makan, mandi, dan makan lagi. Tapi tak tau apa masalahnya, sakit perut & cirit pulak datang. Nasib baiklah ada disediakan tandas tak berbayar, tapi malangnya belum sempat apa-apa kepala paip dalam tandas tu tercabut pulak =..=.Nak dekat waktu zohor kami pun start packing untuk balik. Masa tu baru banyak family yang datang nak berkelah.

permandangan sungai

makan time

Melawat Qysara (17/2) & IT Fair (18/2)
Hari Jumaat petang saya minta Kak Jamie datang dengan kereta untuk angkut barang-barang dari kolej teratai memandangkan ini semester akhir & semester depan terus praktikal. Malam tu saya bermalam di saujana puchong. Sampai je rumah kak jamie terus keluarkan barang untuk siapkan bantal kucing kaler pink yang dah lama kakak ipar request tapi asyik tangguh sebab malas nak jahit pakai tangan. Setelah berhempas pulas dengan mesin jahit yang susah uuntuk digunakan, maka siap la bantal kucing kaler pink~

Kami gerak ke rumah Faiz (abang) di Semenyih lepas isyak. Masa sampai sana Sara tengah tidur.Katil Sara diletak kat depan TV tapi dia selamba badak je tido.Siap ada kelambu lagi. Teringat dulu-dulu masa adik-adik kecik diorang tido dalam kelambu bentuk macam tudung saji, boleh kembang kuncup macam payung, Kaler pink jugak . Singgah di semenyih tak lama sebab hari dah lewat malam. Dalam 10.30 pm kami pun gerak balik ke Puchong tapi salah masuk highway- maka lambat sampai rumah =..=

 baby allyssa tgh turu~

Esoknya dengan menaiki metrobus bernombor 21 saya menuju ke midvalley utk date dengan 3 orang net-pal, 2 perempuan, 1 lelaki. Nervous sebenarnya sebab first time naik bas dari saujana puchong & turun kat midvalley.Sambil-sambil dating kami menjenguk IT fair sekali mencuci mata. Makan tengahari di sushi king buat pertama kali juga- saya order oyako-don, nasi yang dikukus dengan telur & ayam? Memang noob pasal makan kat sushi king ni, awal-awal tengok sushi berputar-putar tak nampak pun yang berkenan sebab tak sama dengan sushi yang boleh dibeli kat Jusco. Piring pertama saya ambik kaler purple, mahal-sebab udang. Lepas makan solat dan pusing-pusing IT Fair lagi sekali, singgah kat MPH beli novel dan balik. Esoknya saya bersin tak sudah-sudah sampai ke tengahari. Dah la balik ke shah alam naik bas. Malam tu saya demam mungkin disebabkan terkejut suhu, berjalan tengah panas lama-lama tiba-tiba naik bas yang ada aircond. Esoknya saya tak lalu nak ke kelas, maka tidur je kat bilik.

entrance IT fair

3 budak comey~

bersambung~

Comments