25 Jan 2012

25 Jan yang lepas saya telah pun selamat diijabkabulkan membentangkan projek tahun akhir yang bertajuk : "Learning Japanese Kanji Characters Using Mobile Games Approach". Bertempat di bilik kuliah 17 bangunan CS2 & Dewan Al-Ghazali Fakulti Sains Komputer & Matematik , semua pelajar tahun akhir yang terlibat bertungkus lumus menyediakan booth masing-masing seawal jam 8 pagi. Lepas set up booth, masing-masing menunggu examiner & panel SIG (special interest group) datang untuk inspect projek dengan ketaq lutut & hati berdebar.

booth no 4~

Sabar menunggu si dia datang~kehkehkeh

Secara purata kebanyakan panel datang inspect pukul 9.30 pagi. Ada kawan-kawan yang awal-awal dah dinilai, cepat je merdeka. Ada yang tak duduk diam macam saya; sekejap duduk, sekejap merayap ke bilik sebelah nak menghilangkan rasa nervous yang melampau. Bila sampai masa saya dinilai oleh panel SIG, dengan berteraburnya saya menerangkan satu-persatu topik, sambil-sambil menunjukkan demo projek yang dah dimuatkan dalam henpon. Sebenarnya SIG tu gantikan kawan dia yang tak dapat datang.Dia nampak macam tertarik dengan interface kartun yang saya letak dalam game learning kanji. Tapi ada juga aspek yang ditegur & sepatutnya ada dalam aplikasi tu.

Maskot belajar kanji Akari-chan jadi tukang promote produk-

adik manis berjaya jawab semua soalan dengan betul & dapat free gift teddy key chain! :D

Sementara menunggu examiner lagi sorang, kebetulan bawa laptop, ada internet,maka buat la apa yang patut. Ada juga antara junior-junior yang datang melawat & saya offer utk cuba guna aplikasi yang saya buat. Sapa dapat markah penuh untuk game tersebut dapat free gift coklat cadbury/mentos. Ramai jugak yang mencuba & ada yang dapat markah penuh utk 2 level. Kemudian panel ke-2 saya datang waktu petang dalam pukul 2.30. Dia pun pointed out point yang sama dengan SIG yang datang menilai pada waktu pagi. Nak tak nak kena terima dengan redha je la.

poster paling comel dalam BK17.mari belajar bahasa iban~

Lepas kemas-kemas kelas, maka saya pun pulang ke teratak teratai 3. Petang tu tido dengan nyenyaknya sampai ke malam baru la terjaga...

Comments