Tuesday, 31 January 2012

Kait-kait Januari 2012

Bulan yang sungguh tak produktif.....



Mengait winter glove untuk kawan yang tengah study kat mesir


kononnya nak buat alas meja, tapi tak siap-siap =..= buat pakai benang layang-layang warna hitam



tempahan yang terbengkalai. Baru siap 30%


-macam ni gayanya nak bukak kedai? Adei =..=

Friday, 27 January 2012

25 Jan 2012

25 Jan yang lepas saya telah pun selamat diijabkabulkan membentangkan projek tahun akhir yang bertajuk : "Learning Japanese Kanji Characters Using Mobile Games Approach". Bertempat di bilik kuliah 17 bangunan CS2 & Dewan Al-Ghazali Fakulti Sains Komputer & Matematik , semua pelajar tahun akhir yang terlibat bertungkus lumus menyediakan booth masing-masing seawal jam 8 pagi. Lepas set up booth, masing-masing menunggu examiner & panel SIG (special interest group) datang untuk inspect projek dengan ketaq lutut & hati berdebar.

booth no 4~

Sabar menunggu si dia datang~kehkehkeh

Secara purata kebanyakan panel datang inspect pukul 9.30 pagi. Ada kawan-kawan yang awal-awal dah dinilai, cepat je merdeka. Ada yang tak duduk diam macam saya; sekejap duduk, sekejap merayap ke bilik sebelah nak menghilangkan rasa nervous yang melampau. Bila sampai masa saya dinilai oleh panel SIG, dengan berteraburnya saya menerangkan satu-persatu topik, sambil-sambil menunjukkan demo projek yang dah dimuatkan dalam henpon. Sebenarnya SIG tu gantikan kawan dia yang tak dapat datang.Dia nampak macam tertarik dengan interface kartun yang saya letak dalam game learning kanji. Tapi ada juga aspek yang ditegur & sepatutnya ada dalam aplikasi tu.

Maskot belajar kanji Akari-chan jadi tukang promote produk-

adik manis berjaya jawab semua soalan dengan betul & dapat free gift teddy key chain! :D

Sementara menunggu examiner lagi sorang, kebetulan bawa laptop, ada internet,maka buat la apa yang patut. Ada juga antara junior-junior yang datang melawat & saya offer utk cuba guna aplikasi yang saya buat. Sapa dapat markah penuh untuk game tersebut dapat free gift coklat cadbury/mentos. Ramai jugak yang mencuba & ada yang dapat markah penuh utk 2 level. Kemudian panel ke-2 saya datang waktu petang dalam pukul 2.30. Dia pun pointed out point yang sama dengan SIG yang datang menilai pada waktu pagi. Nak tak nak kena terima dengan redha je la.

poster paling comel dalam BK17.mari belajar bahasa iban~

Lepas kemas-kemas kelas, maka saya pun pulang ke teratak teratai 3. Petang tu tido dengan nyenyaknya sampai ke malam baru la terjaga...

Tuesday, 24 January 2012

Final Year Project Lagi

Oh kali ni nak tunjuk sneak peek poster pulak. Kena buat saiz A3. Ada anugerah poster terbaik. Sebab tu buat sungguh-sungguh. Tak dapat projek terbaik pun takpe. Poster terbaik / booth terbaik jadi sasaran. Lepas ni nak buat pamphlet pulak. Lepas tu buat alas meja. Eh, takde kaitan pun. Esok pergi kedai print. Lusa bangun awal, sbb hari jadi. Bukan birthday orang lah. Hari pembentangan projek tahun akhir untuk Fakulti Sains Komputer & Matematik. Akhirnya segala kepeningan akan berakhir-


Sunday, 22 January 2012

bercakap dalam hati part 7

sungguh, dalam hati rasa berbunga-bunga. hujung mulut asik nak terjongket keatas.dari tgh buat kerja terus hilang konsentrasi

Tapi sesungguhnya, aku pilih utk berhati-hati.

Si A kata suka, aku ingat dia takkan berubah hati.
Si B kata suka, tapi dia dah terikat ada sang hawa menanti
Si E (eh skip pulak) kata dia suka tapi aku rasa macam tak serius je ni
Si F tak kata suka tapi *batuk*batuk*

aku tunggu kalau sampai sepuluh kali, baru aku tau yang kau ikhlas kat hati
buat masa ni biar la sendiri-sendiri tido peluk bantal 3 biji

-mode kesejukan bangun pagi-pagi-

Friday, 13 January 2012

jemur

Bukan cerita jemur baju di ampaian.
Juga bukan cerita tukang jemur ikan kering.
Tapi post kali ni pasal lukisan.
Fuh teringin nak berjemur macam ni atas rumput kat cerun bukit yang tak berapa curam, cahaya matahari yang tak berapa terik, sambil membaca.
Jangan main-main! Cahaya matahari ada Vitamin D tahu? iaitu vitamin Dilah hahahahaha
Sekali sekala marilah kita pergi beriadah. Bukan duduk terperuk je dalam bilik mengadap laptop. Gaya hidup tak sihat tu. Nanti pinggul tumbuh lemak, perut jadi buncit, peha macam drumstick ayam kfc. Mau?




Friday, 6 January 2012

Final Year Project


Ini gambar apa?
Ini gambar final year project saya punya front page.
Baru je setelkan bab interface.
Esok-esok nak letak function pulak.
Tarikh presentation 25 Jan nanti.
Dan sebelum tu ada final exam untuk paper XML Programming(12 Jan) & Information Retrieval (18 Jan).
Doakan saya sempat siapkan semuanya ye <3 Terima kasih :)

Thursday, 5 January 2012

2012

tamaw banyak cakap. Kena gerakkan tangan buat kerja. Nak kata azam baru tak juga. Tapi kena adakan semangat artifisal supaya tak merana kemudian hari.

terimalah komik strip cincai-cincai

berdasarkan kisah benar
(right click>open in new tab untuk besarkan)


Related Posts with Thumbnails