Karnival Sukan Palapes Laut kali ke-9 2011 & Update Amigurumi

Pada 28 dan 29 Mei 2011 yang lepas UiTM Shah Alam telah menjadi tuan rumah bagi karnival sukan palapes laut kali ke-9.Karnival sukan kali ni disertai oleh KD Sri Klang, UiTM, UM, UPM dan Akademi Laut Malaysia.
Pada hari pertama acara olahraga, bola sepak, dan bola jaring diadakan pada sebelah pagi. Kemudian aktiviti diteruskan dengan acara bola tampar pada sebelah petang diikuti dengan acara futsal dan hoki geladak pada sebelah malam. Keesokan harinya hanya acara renang yang dijalankan di Kompleks Renang UiTM dan majlis penutup dijalankan di stadium uitm. UiTM dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti dengan pasukan KDSK yang kalah tipis 1 mata dan UPM di tempat ketiga.

 banner yg aku design >///>

 atlet2 uitm

 hujan ketika rehat makan tghri
 perlawanan hoki geladak
 perlawanan futsal lelaki
 pingat emas untuk pasukan bola jaring uitm \(^^)/

Walaupun UiTM jadi penganjur, tapi aku sebagai pegawai tak ada peranan penting pn. Sekadar bantu buat banner dan juga jadi shooter team bola jaring. Nasib baik la bola jaring uitm juara :3 Selebihnya hanya datang cuci mata tgk budak2 Alam kuikuikui

 amigurumi arnab yg disiapkan beberapa minggu yang lepas. free pattern dapat dari sini

Comments