Thursday, 26 May 2011

Random Shoot

Recently i've been taking pictures a lot. Mostly about food, and nature.  I do have some interest in photography and would like to buy dslr in the future, after dah kerja lah~ For the time being, i can only take pictures using a 5 megapixel mobile phone camera of mine.One reason i take those might be that i want to share with others what are the things that i see and what i experience :)



Tuesday, 10 May 2011

Update Crochet : Amigurumi Kero-chan & Semester Break Planning

memandangkan final exam dah pn habis 8 mei yg lepas, maka skrg ni dah masuk phase cuti semester. kali ni cuti semester saaaaaaaangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat lah panjang. Dari bulan mei sampai la awal september. Bukan uitm je tapi IPT lain pn macam ni jugak. Apa lagi duduk rumah tanam anggur sekejap ler.

Sempena konvo Yaya yg akan dtg ni, disebabkan nak jimat bajet (a.k.a kedekut) maka aku dengan terlebih rajinnya buat amigurumi kero-chan. Kero-chan ni adalah salah satu watak dalam anime Cardcaptor Sakura. Tutorial crochet amigurumi kero-chan boleh dapat kat sini.

 rupa asal kero-chan sblm henshin

 mengorbankan bantal lama utk dijadikan stuffing dalam amigurumi. you have served me  well dear bantal busuk ;__;
 kero-chan yg dah siap + reben
 kero-chan + bunga2 kedekut

Asalnya kero-chan warna oren, tapi disebabkan kekurangan material maka terhasil la kero-chan kaler pelik malah takde sayap & ekor..huhu. Selain tu ada jugak buat bunga pakai beg plastik (ni lagi mmg nmpak macam kedekut nak mampus) sbb nak combine kero-chan ngan bunga ni jadi jambangan utk hadiah yaya konvo 20 mei yg akan dtg. Start buat kepala sebelum asar & siap attach badan + reben dalam pkul...4 camtu. maknanya nak siapkan benda ni dalam 12 jam je tu pn termasuk waktu bermalas2.

----------------------------------------------

Disebabkan cuti yg agak panjang, maka macam2 plan ada dalam kepala. Buat masa ni camni la plan yg dah dibuat:
-esok : jmpa supervisor
-lusa : menjenguk kawan2 present fyp
-tulat : balik rumah kakak
-20mei : konvo yaya
-22mei : hantar adik daftar asasi tesl kat uitm melaka
-27-30mei : karnival sukan
-7-10jun : fomdex
-12-25jun : pratauliah 
-balik rumah

sementara kat rumah ada beberapa plan lain pulak. Rasa macam nak kerja part time tapi nak kerja apa je dalam masa 2,3 bulan. Maka beta rasa lebih baik la kiranya kalau kerja part time ngan ayahanda beta di kebunnya. Lagipn adik lelaki dah pi sambung belajar, takde sape nak tolong..huhu. Selain tu mgkin jugak nak tlg adik pmpuan ngan kerja part time dia sambung2 small parts dapat dari kilang, dan ada jugak plan nak amik lesen moto. Dah umur 23 lesen moto pn takde lagi =..= . Jadi selamat bercuti kepada rakan2 sekalian. Jangan membela lemak pulak masa cuti ni yer~

kalau balik rumah dah tak ada internet, xde la berjaga sampai subuh =..=

Sunday, 1 May 2011

Entri 5 hari cuti & KL International Bookfair 2011

Isnin 25 Apr hingga 29 Apr yg lepas saya pulang ke Perak setelah 3 bulan tak balik kampung. Sengaja balik sbb gap antara 2 paper exam agak lama. Bila balik kg tak ada benda lain nak buat. Kalau tak kena pergi kebun tolong bapak, maka melengkor kat rumah le jawabnyer. Dapat pulak adik2 satu kepala maka kami pun menonton stok2 anime terbaru secara berjemaah sampaikan kena marah ngan mak sbb lama sangat on kempiuter~ Secara ringkasnya hari selasa pergi kebun-membaja, hari rabu ptg pergi pejabat pos bayar duit pinjaman ptptn, hari khamis pulak buat kek. Hari jumaat pagi2 lagi dah kena bertolak nak balik sbb tiket bas pkul 10.30. Sengaja pilih balik hari jumaat sbb nak elak bapak hantar sampai stesen bas. Bukannya apa tapi tak nak le menyusahkan dia.....


 farid  bertugas sebagai tukang racun rumput & ini bahan2 nak buat keknyerr


kek yang ditapau bawak balik sh alam & megi kicap resipi tibai2


Kemudian Hari ni sabtu 30 April pula saya ke KL International Bookfair bertempat di PWTC. Diajak oleh kak long rakan satu batch, kena jadi co-pilot sbb hp ada gps jadi penunjuk jalan nak ke PWTC. Bertolak dari sh alam dalam 9.40 pagi, kami sampai dalam pkul 10 lebih memandangkan jalan tak sesak & ada bantuan gps dan juga signboard. Bayaran utk parking RM3 per kereta. sampai awal jadi tak ada masalah nak cari parking. Walaupun baru pkul 10 lebih tapi PWTC tu dah penuh dengan orang =__=||

Tempat yg mula2 kami tuju adalah...mesin ATM XD sbb kak long nak keluarkan duit. Kemudian kami cari booth Gempakstarz, tak ingat kat area mana. Tapi masa sampai tu dah penuh dengan budak2 sekolah tgh berbaris nak beli buku(kartun). Sistem yg dia pakai ok la sbb pengunjung diberi borang utk tanda mana satu buku/produk yg diorang nak, survey sample buku yg ada, kemudian berbaris, then ada orang yg confirmkan order tersebut dan bg anda nombor. Seterusnya tggu nombor anda dipanggil dan bayar kat kaunter. Dengan cara ni mereka boleh elak isu kecurian cuma disebabkan booth tu kecik jadi tempat nak beratur & tggu nombor dipanggil agak sempit.Disebabkan ada promosi jadi aku beli 7 buah novel grafik (habis duit aku) =__,=||.

Seterusnya merewang2 dalam dewan apa tah namanya, survey2 novel. Tapi disebabkan aku dah habiskan RM47 kat novel grafik jadi malas la nak beli barang lain pulak. Sempat singgah kat booth majalah Ujang, Apo dll. Kemudian masuk ke dewan yg dikhaskan utk kumpulan karangkraf. Mak aiiiii sesaknya jalan nak masuk. Kat dalam tu lagi lah penuh dengan orang. Tambah2 pulak masa tu ada sesi penulis novel thriller alaf 21 ngan peminatnya kat pentas kecik..maka bertambah2 la sesaknya. Niat aku nak mencari2 buku berkaitan crochet, tapi malangnya tak ada. Ada jugak nampak booth ILuvIslam.com berhampiran pentas. Tapi agak kurang berminat dgn barang2 yg dijual. Last2 aku keluar dari dewan tapi nak keluar tu pn dok berhimpit2 macam sardin. Tah brapa bnyak kali tersentuh kulit orang bukan muhrim tak tau ler.Kemudiannyer kami igt nak makan tghri kat The mall bertentangan dgn PWTC tapi nmpaknya penuh ngan orang la... Akhirnya kak long cakap moh le kita balik ke kereta, kemudian bertolak balik ke shah alam, singgah sekejap kat giant shah alam utk makan mcD kemudian terus balik ke kolej.


penuh dengan manusia!

 koleksi novel & novel grafik yg dirembat semester ini!



 free item bila beli 3/6/9 novel grafik gempakstarz ( beg, file,air mineral). yang gelas coca-cola tu free item bila beli set large mcD hehehe
Related Posts with Thumbnails