Masquerade Elegence Night Dinner 2011

Sabtu 19 Mac yang lepas Palapes Laut UiTM telah menganjurkan Majlis makan malam utk alumni dan pegawai dalam latihan palapes laut bertempat di Intekma Resort. Tema : Masquerade Elegance Night, maksudnya kena bertopeng2.

Disebabkan ptg tu kena jemput partner, ngan kawan lain, pastu shopping pulak kejap, maka waktu bersiap2 pn sekejap je. Masa sampai kat Intekma tu majlis dah bermula, jadi kena tggu sekejap kat luar dewan supaya tak mengganggu majlis. Lepas perasmian penerbitan majalah Palapes Laut 'Generasi' tiba lah time makan (yg mana aku tak puas hati sikit pasal menu dia haha). Sambil makan kami disajikan dengan tayangan montaj 'Road to Dinner', sebuah drama pendek ttg seorang budak yg x berduit tp nak pegi dinner. Kemudian majlis diselitkan dengan acara cabutan bertuah (sampai skrg tak pernah nak bertuah), acara show and win (tunjukkan barang yg pengacara majlis nyatakan n akan dapat hadiah) dan jugak persembahan daripada alumni dan pegawai kadet intake 14.Acara kemuncak adalah anugerah best couple yang dimenangi oleh rakan batch saya dan anugerah 'king and queen of the night' dimenangi oleh pegawai dalam latihan.Lepas majlis tamat sesi bergambar utk vip dan majlis bersurai.

 me & my partner yg suka makan - Danial Hakim rakan Palapes Laut UM :) Dia buleh henshin jadi Yakuza!!!


ladies intake 10 yg hadir
 guys intake 10 yg hadir :)

best couple :)
Zharif (intake 10) & pn hajar (intake 8) yg baru kawin bulan 11 tahun lepas kini bakal menimang cahaya mata :)
topeng paling epic XD
doorgift yang banyak :) highlighter pn ada

Tahun depan Palapes Laut UiTM menjangkau umur 15 tahun, dengar khabar ada dinner lagi tapi bakal dianjurkan oleh para Alumni . Kata nak buat lagi gempak, tapi harap2 duit yg kena bayar pn x gempak sgt ler....

Comments