Sunday, 27 March 2011

Emptiness in her eyes

Memandangkan dah lama tak melukis.....


...no komen

-------------------------------------------------------
update: wallpaper added


also can be downloaded here

Saturday, 26 March 2011

Koir Amal 2011

Program: Koir Amal untuk membantu Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas(OKU Pendengaran)

Anjuran:Multimedia Computing Society(MMCS), FSKM, UiTM


Tarikh : 25 Mac 2011
Lokasi : Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam

Tujuan: Program ini diadakan adalah untuk membantu mengumpul dana bagi aktiviti di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) dan juga membantu murid-murid yang kurang berkemampuan membeli peralatan sekolah mereka

----------------------------

Koir ni bukan koir biasa, tapi koir yang disampaikan menggunakan bahasa isyarat berdasarkan bg music yg dimainkan. Very interesting, student uitm belajar bahasa isyarat dalam tempoh yang singkat utk buat persembahan2 ni. Selain persembahan koir ada jugak persembahan artis jemputan iaitu Rocking Queen, dayah Bakar, dan kumpulan Hayad. Sambil2 menderma, sambil berhibur dan belajar bahasa isyarat (cuci mata juga tgk budak2 kecil yg comel) ^^,




Videos :

Part 1 : Part 2 : Part 3 : Part 4 : Part 5 : Part 6

Wednesday, 23 March 2011

Update Crochet

masa dinner bertopeng tu ada buat satu aksesori : cincin utk pakai masa dinner. Sbb baju kaler itam so cincin tu pn dibuat pakai benang kaler hitam pastu tambah manik sikit...hari ni cincin tu dah hilang ..huhu..tah mana tercampak dia :(
yg gambar bawah ni tak igt dapat pattern dari mana & apa nma dia. buat banyak2 pastu sambung buat selimut..hehe

Masquerade Elegence Night Dinner 2011

Sabtu 19 Mac yang lepas Palapes Laut UiTM telah menganjurkan Majlis makan malam utk alumni dan pegawai dalam latihan palapes laut bertempat di Intekma Resort. Tema : Masquerade Elegance Night, maksudnya kena bertopeng2.

Disebabkan ptg tu kena jemput partner, ngan kawan lain, pastu shopping pulak kejap, maka waktu bersiap2 pn sekejap je. Masa sampai kat Intekma tu majlis dah bermula, jadi kena tggu sekejap kat luar dewan supaya tak mengganggu majlis. Lepas perasmian penerbitan majalah Palapes Laut 'Generasi' tiba lah time makan (yg mana aku tak puas hati sikit pasal menu dia haha). Sambil makan kami disajikan dengan tayangan montaj 'Road to Dinner', sebuah drama pendek ttg seorang budak yg x berduit tp nak pegi dinner. Kemudian majlis diselitkan dengan acara cabutan bertuah (sampai skrg tak pernah nak bertuah), acara show and win (tunjukkan barang yg pengacara majlis nyatakan n akan dapat hadiah) dan jugak persembahan daripada alumni dan pegawai kadet intake 14.Acara kemuncak adalah anugerah best couple yang dimenangi oleh rakan batch saya dan anugerah 'king and queen of the night' dimenangi oleh pegawai dalam latihan.Lepas majlis tamat sesi bergambar utk vip dan majlis bersurai.

 me & my partner yg suka makan - Danial Hakim rakan Palapes Laut UM :) Dia buleh henshin jadi Yakuza!!!


ladies intake 10 yg hadir
 guys intake 10 yg hadir :)

best couple :)
Zharif (intake 10) & pn hajar (intake 8) yg baru kawin bulan 11 tahun lepas kini bakal menimang cahaya mata :)
topeng paling epic XD
doorgift yang banyak :) highlighter pn ada

Tahun depan Palapes Laut UiTM menjangkau umur 15 tahun, dengar khabar ada dinner lagi tapi bakal dianjurkan oleh para Alumni . Kata nak buat lagi gempak, tapi harap2 duit yg kena bayar pn x gempak sgt ler....

Wednesday, 16 March 2011

Update Crochet & Mug

Malam sebelum nak poskan Kak Scha pnya hp case kaler merah tu tiba2 dia call " Dila akak dah bank in duit RMXX...pastu akak nak buat Dila buat lagi dua boleh??" O_o


Apekah =..= ...aku baru nak lega sbb dah boleh concentrate kat assignment.huhu...nak tak nak kena la buat jugak...dah siap dah pun...

Lagi satu, 15 mac (semalam) adalah birthday zero, member gforum. Dia pnah request nak mug so aku pn bg la alang2 tgh ada mug kosong lebih =..=

Dah siap semua, tapi malasnya nak pegi pejabat pos *dead*

Sunday, 6 March 2011

Request 1st customer

Jumaat mggu lepas saya dikejutkan dengan...kedatangan pelanggan saya yg pertama!!!Yeay~ hahaha.Poyo je kan? Pada mulanya ada orang nak add as friend kat FB, tapi x kenal pn, cuma dia kawan abg saya, so saya pn approve je ler..Then later on dia ada comment kat gambar crochet bekas hp macam dalam entri "Request kaler Pink" tu. Pggil dia kak Scha je la eh. So kak Scha ni berminat nak tempah crochet ni sbb dia kata dah lama nak hp case jenis kait ni..Dia request warna merah darah. Hp kak Scha ni jenama Nokia E72. ukuran 114x58x10 mm jadi kena kait ikut saiz sbb dia pn ada cakap kena buat besar sikit dari yg kaler pink tu. Mula2 kena cari benang dulu sbb saya takde stok warna merah darah, yg ada cuma warna maroon. Jadi jenuhla mencari benang yg sebuku tu. Zaman skrg x bnyak sgt kedai yg jual barang2 kait ni. Kat Gedung Harian PKNS shah alam tmpat saya slalu beli benang pn x ada warna merah yg saya nak. Tapi pusing punya pusing at last jumpa gak benang yg diinginkan. Jumaat petang saya start mengait. Bila dah start mengait ni susah sikit nak berhenti.Sampai assgnment2 yg patut dibuat pn jadi terbengkalai =__=;; Mlm tu saya tak tido nak siapkan mengait, padahal bukannya urgent nak kena siapkan cepat.huhu. Final product yg dah siap rupanya cam dalam gambar kat bawah ni :)
kat fb saya ada buat satu album pasal kraf buatan tangan (crochet, bunga, mug dsbnya). dlam tu ada jugak gambar mug yg hadiahkan kat kawan sempena wedding. Kat mug tu ada lukisan katun yg comel (ke?). Lpas je kak scha ni request , tiba2 cam ramai la pulak yg berminat nak itu nak ini walaupun bunyi macam tak serius. Kemudian ada sorang kawan ni dia xtau nak bg hadiah apa sempena wedding kakak dia hari ahad yg akan dtg ni. mula2 saya cma bercerita je apa yg saya bg kat kawan saya, tp last2 dia nak tempah gak mug yg sama camtu =..= jadi kerja semakin bertambah. Nak cari mug tu satu hal, sbb tak bnyak tempat yang jual mug warna putih yg kosong n xde corak. Tapi alhamdulillah akhirnya jumpa gak mug kat satu kedai barang perkahwinan(?). Dan malam lepas beli tu saya terus lukis. Hasilnya jadi la rupa cam ni :)
hmm walaupun harga yg saya akan cas x seberapa tp semunya rezeki yg Allah bg ^^
Related Posts with Thumbnails