Pengakhiran Zaman Bujang Day 1

Tajuk macam nak buat review konsert live penyanyi2 lagu anime XD Tapi sbnarnya tajuk ni berkaitan ngan pengakhiran zaman bujang abg aku yg bernama Faiz pada petang 19 nov 2010.Preparation saat akhir utk dulang mas kahwin & hantaran rantai & dulang cincin selesai sebaik sahaja solat jumaat tamat..lepas semua siap, maka kami pn bergerak ke Pejabat agama Islam Daerah Sepang.Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dari Bandar Bukit Puchong.Selamat tiba dan awal dari yang dijadualkan sbb akad nikah diadakan selepas asar.

Kemudian selepas tazkirah oleh ustaz selaku wali hakim bagi kak Liza (dah 2 tahun memeluk Islam, Alhamdulillah) Faiz & kak Liza selamat diijabkabulkan setelah 2 kali akad.Lepas sesi bergambar keluarga kedua-dua belah pihak , semua bergerak ke rumah Faiz & Kak Liza di Semenyih utk jamuan makan.



 bekas cincin
 mas kahwin RM 786.90
 rantai emas
 kereta pengantin..haha
 bakal pengantin tgh sain dokumen
 tazkirah ringkas oleh wali hakim
akad nikah :)

Comments

Popular Posts