Tuesday, 23 November 2010

Pengakhiran Zaman Bujang : Faiz & Liza Day 2 + Zharif & Hajar

20 Nov 2010

Majlis bagi meraikan pasangan mempelai Faiz & Liza diadakan sehari selepas mereka selamat diijabkabulkan. Bertempat di Taman Botani Putrajaya, kami sekeluarga bertolah dari puchong seawal 10 pagi sbb nak pastikan preparation tempat, catering etc berjalan lancar. Jamuan makan start jam 12 tghri manakala pengantin turun padang pada jam 1 tghri. Kami mmg x buat pelamin so mmg terus makan beradab je la..selesai makan & acara potong kek, pengantin gi bergambar n bersalam-salaman dengan para tetamu yg terdiri dari saudara mara & sahabat handai.

Pengapit lelaki(abg aku gak), pengantin, n pengapit pompuan

 pengantin n 2 org anak sedara
 familyku yg hadir ( 3 org adik x dtg sbb nak exam besau)
 view tasik di taman botani
 permandangan indah taman botani yg dihiasi bunga2 :)

21 Nov 2010

Keesokan harinya pula majlis perkahwinan rakan batch 10 Palapes Laut uitm, Zharif Farhan Ghazali & pasangannya senior palapes gak, pn Wan Nurhajar Wan Zakaria. Zharif adalah org kedua dalam batch kami yg kawin muda selepas Iman yg menamatkan zaman bujangnya setahun lepas & dah pun ada sorang cahaya mata. Akad nikah diadakan sebelah pagi tp aku x dapat tgk, jadi hanya attend majlis persandingan yang diadakan di club house bukit mahkota. Pengantin tiba diiringi paluan kompang dan lalu di bawah laluan pedang disediakan khas oleh pegawai-pegawai psstldm. Later on pengantin bersanding di atas pelamin yg bertemakan warna merah putih & selepas tu makan beradab. Kami warga ombak 10 sempat bergambar bersama-sama pengantin sebelum pulang ke rumah masing-masing.

antara warga Ombak10 yg hadir

 pengantin tiba

gambar kenang-kenangan

Saturday, 20 November 2010

Pengakhiran Zaman Bujang Day 1

Tajuk macam nak buat review konsert live penyanyi2 lagu anime XD Tapi sbnarnya tajuk ni berkaitan ngan pengakhiran zaman bujang abg aku yg bernama Faiz pada petang 19 nov 2010.Preparation saat akhir utk dulang mas kahwin & hantaran rantai & dulang cincin selesai sebaik sahaja solat jumaat tamat..lepas semua siap, maka kami pn bergerak ke Pejabat agama Islam Daerah Sepang.Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dari Bandar Bukit Puchong.Selamat tiba dan awal dari yang dijadualkan sbb akad nikah diadakan selepas asar.

Kemudian selepas tazkirah oleh ustaz selaku wali hakim bagi kak Liza (dah 2 tahun memeluk Islam, Alhamdulillah) Faiz & kak Liza selamat diijabkabulkan setelah 2 kali akad.Lepas sesi bergambar keluarga kedua-dua belah pihak , semua bergerak ke rumah Faiz & Kak Liza di Semenyih utk jamuan makan.



 bekas cincin
 mas kahwin RM 786.90
 rantai emas
 kereta pengantin..haha
 bakal pengantin tgh sain dokumen
 tazkirah ringkas oleh wali hakim
akad nikah :)

Wednesday, 17 November 2010

Pengorbanan

Aidiladha mmg dah sinonim sgt ngan istilah pengorbanan.Anda semua dah sedia maklum malah dah hapal agaknya kisah pengorbanan dalam sejarah Islam ttg Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s. Bagi aku pulak, tahun ni ada beberapa pengorbanan yg terpaksa dilakukan di hari raya haji nih..huhu

Pertamanya aku terpaksa mengundurkan diri dari rombongan JPK teratai UiTM ke Padang, Indonesia(free) 16-20 November2010 sbb abg aku nak nikah 19 nov dan kendurinya 20 nov =..=..aaa jeles gler ngan member2 lain.Peluang skali seumur hidup kot..

Keduanya raya haji tahun ni tak beraya kat perak, tapi kat puchong(rumah kakak).Tolong siapkan barang2 utk kenduri abg aku gak..=..= malam raya selaluny rilek2 je tak buat apa tp mlm td aku ngan kakak sibuk dok menggubah duit mas kawin. Jenuh ooo sampai kul 3 pagi baru siap.

Testing buat bunga pakai duit buruk2 dulu
 Gubahan yg dah siap
Tutorial camne nak buat bunga leh dapat kat sini: Blog Amirul Syafique

Salam Aidiladha 1431H buat semua muslimin & muslimat :)

Monday, 15 November 2010

I'm Hot

bukan aku yg hot ye...huhu..i'm hot ni sbnarnya adalah tajuk video utk assgnment subjek digital audio & video technology sem yang baru je habis ni...temanya adalah global warming. lecturer x bg kteorang guna pelakon manusia so medium lain yg aku rasa senang nak diguna adalah paper drawing.Sebenarnya video ni ada bnyak version, dan ni aku rasa yang paling complete sbb bebudak group aku nak bawak video ni masuk pertandingan. disebabkan aku dah balik rumah lepas exam habis jadi aku tak dapat nak tolong bahagian editing.cuma dapat lukiskan watak2 n props je..Thanks to my groupmate Dayang Noor Faiezan, Mohd Azhar, & Farhana.^^



video

Monday, 1 November 2010

Sarach

Dengan sesuka hatinya aku buat satu perkataan

sarapan + lunch = sarach

sarach arini adalah roti gardenia kosong sebanyak 6 keping dibakar dilengkapi dengan sebotol wedang jarang(air masak) 1 liter. jangan dipandang rendah kesedapannya terutama dikala perut kosong. kerangupan roti bakar yg masih panas mmg xde tandingan..hehe..apa - apa pun Alhamdulillah...ada gak rezeki .

 rupa roti yang agak geseng @ hangit @ terlebih bakar di samping nota2..

malas nak kluar beli makanan punya pasal la katakan..lagipun kul 2 sat lagi exam - paper digital audio & video technology...ntah dapat jawab ke tak...sarach ni adalah tak lain tak bukan satu solution nak mengelakkan diri dimalukan dengan bunyi perut kosong yang kuat gila babeng malah bunyinya seolah-olah bunyi ken**t...pengalaman lalu memberi pengajaran..hukhukhuk

wish me luck for tomorrow's paper too ^^
Related Posts with Thumbnails