Cerita2 Raya

sedar tak sedar dah abis pun cuti seminggu sempena raya puasa...bagi aku raya tahun ni kurang meriahnya kalau nak bandingkan dgn tahun lpas...

---kisahnya sebelum raya---

last day berbuka kat shah alam, aku ngan 2 org kawan decide nak berbuka kat pizza hut SACC mall...sblum ni pernah rasa nak berbuka tp sbb lambat dtg, sume meja dah penuh kena booking...so kali ni kami singgah pizza hut sblum start shopping utk book tempat dulu....jumlah perbelanjaan makan utk berbuka malam tu...ehehe...xnak cerita...janji kenyang...abiskan duit utk makan xpe, asalkan x abiskan duit utk benda x elok...kan kan kan??





----------

hari jumaat sebelum raya tu aku tak ke kelas memndangkan xkan ada orang yg dtg sbb masing2 dah balik beraya awal...(kesian kat lcturer kalo dia dtg klas). lepas packing apa yang ptut, kak Jamie dtg amik dalam pkul 4 ptg pastu kami ke sentosa utk berbuka kat rumah mentua kak jamie...mak mentua kak jamie ni (namanya mak cik fatimah, sama nama ngan mak aku) peramah orangnya...anak pompuannya ada ramai...aku pn x berapa igt nama2 depa. sbb baru jumpa 2,3 kali. first time berbuka kat situ, makan tomyam...nak makan bnyak2 seganlah pulak jadi kesimpulannya aku tambah sekali jer...hehehe...lepas tolong basuh pinggan skit2 n solat, aku dok lepak tgk tv...tak bnyak cerita best...pastu dalam kul 9.30 pm temankan kak jamie beli barang dapur kat pasaraya bintang yang letaknya kat depan rumah jer...pastu balik...dalam kul 12 faiz dtg sbb ak decide nak balik kg skali ngan dia(akibat malas cari tiket bas balaik raya, jimat sket duit).terus bertolak then sampai rumah(Langkap) dalam pkul 3 pagi...masa tu bapak ngan abg2 ak x tido lagi. lepas ltak barang aku pi serbu katil utk tido sbb sepanjang perjalanan 3 jam tu faiz x bg aku tido.

esok paginya aku rasmikan hari ngan tgk dvd geng bersama anak2 buah yg kusayangi...celik2 mata trus gi tengok katun bebudak nih...lpas tu pi merayap keliling rumah utk cari daun kelapa nak dibuat anyam ketupat...anyam punya anyam sampai tghri...pastu isi ketupat tu dgn beras....pastu rebus la ketupat tu sampai masak...ptg tu ak tido jer...huhuhu




---Kisah di hari raya---

hari raya pertama macam tahun2 sblumnya.satu family berkumpul mintak maap.pastu mak jd kepala rombongan ziarah sanak saudara...bapak tinggal kat umah je...kalau nak ikutkan bapak tggal rumah sorang2 tapi bila aku pikir kesian la pulak nti bapak kena bancuh air kalau ada orang dtg...so aku decide utk stay je kat rumah...Tiba2 mak telefon bgtau ada salah seorang saudara mara sebelah mak meninggal...innalillah....

petang raya pertama, dengan memakai baju raya, aku meredah hutan belukar dusun Paman Yar (adik bapak) masa dtg ziarah rumah dia...hehehedapat la gak kutip durian sebiji dua...pastu bantai makan ketupat ngan rendang babat(perut leembu) sampai berpinggan2...hehehe

raya ke-4 pulak diraikan dengan aktiviti membaja kat kebun.seisi rumah dikerah utk turun bersama2 menjayakan sesi pembajaan pokok2 sawit pada hari tersebut...aktiviti membaja start pada pkul 9.30 pagi dan tamat pada jam 12 tghri setelah stok2 baja garam yg dibawa itu habis.Setelah penat lelah bekerja, sedapnya kalau ada air ais kan? ha....mak dah tau semuanya...sbb tu mak bawak bahan2 utk bancuh air bandung termasuklah aisnyer skali...hehehe...sodap tol la...




raya ke-6 aku datang memenuhi jemputan Ira, rakan sek menengah yg dah setahun aku tak bersua muka. Kali ni ada kenduri naik buai anak saudaranya...Sempatlah bersembang sikit2 ttg hal masing2...org tu di mana, org ni di mana, bila dia nak kawin...hehehe...sempat pulak bergambar sebelum aku balik ke rumah n janji nak dtg bagi bunga masa majlis konvo dia kat uitm shah alam 25 hb 10 ni...



 


--------------------------------------

dalm pada bnyak cerita2 gembira masa raya ni, baru je pg td aku dapat berita yg mak kepada Nadia @ yaya,( rakan batch  10 palapes laut) meninggal dunia sehari sehari sebelum raya...aku mmg terkejut sbb mmg xde sape yg bgtau berita tu hinggalah pg td. Sama2 kita sedekahkan al-Fatihah utk ibu beliau.





Comments

Popular Posts