Mencari Kekasih...

Mencari kekasih?? Bukannya aku nak mencari pakwe tau... jangan salah faham eh...
Petang2 macam ni bila xde apa nak dibuat...hmmm... nampak pulak novel yg dah abes dibaca...apa lagi...buat revision ler....Baca2 tetiba tangkap leleh pulak...hauuuu....

::MENCARI KEKASIH by ZAHARAH MUHAMMAD::

Sebenarnya dah lama beli novel ni...Kawan yang tolong belikan masa pesta buku antarabangsa tahun 2008 kot...x igt...aku x reti nak review novel...tapi apa yang aku tau novel ni mmg novel yang bagus dan berunsur islamik. Jalan ceritanya bukan hanya ttg cinta manusia sesama manusia tapi lebih banyak bercerita ttg kisah hidup seseorang yang mencari cinta hakiki...yg x best cma satu je sbb watak utama dia, cik Ab meninggal kat hujung jalan cerita sbb barah...Memang sedih la esp di saat2 dia nazak tuh...huhuhu....kat bawah ni sinopsis kat blakang novel:
--------------------------------------------------------------

Emak...Ayah... dan keluarga yang kucintai...
Bukan salah kalian bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang. Biarpun jasadku hancur, doa yang pernah kuutus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan terus berlegar dimuka bumi. Semoga kita akan bersatu di jannah yang abadi...

Ahmad Naim,
Inilah kasih sayang yang kutulis bersama cinta dan luka.Yang tak dapat kuluah dengan kata-kata, tak dapat kuucap dengan bibir. Yang tak dapat kubuktikan dengan apa2 selain daripada cinta yang kurasa...

Apabila dedaun senja mula berguguran disepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya...aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur diluar jendela, terbenam kedasar bumi...biarpun telah kuserah semua rasa tanda cinta. Sebuah cerita yang tak kesampaian didunia, berguguran kelopaknya jatuh di gigi air. Lalu hanyut bersama buih2 dan tenggelam ke laut dalam. Mencipta sebuah lagi episod di antara berjuta insan manusia yang lara!

Ahmad Naim,
Akan kuusung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja, melewati batas akhir garis wajahmu yang menyilang dipelupuk mataku! Hingga tiba masa terakhirku...pun hatiku tetap juga ingin menantimu. Menanti rahmat Tuhan untuk hidup bersamamu...

Comments