ceritera kebun...

ceritera sampingan...







jip biru sihah


-------------------------------------------------------------------

Tiba2 terasa katil digegar2kan dengan sengaja...
"Woi bangun la dilah, turn ko lak gi kebun arini....bangun la awal sikit.."
Suara sihah buatkan aku lagi tarik bantal tutup telinga sbb malas nak bangun...mmg dari mlm td mak dah cakap hari ni turn aku lak yang kena gi kebun kat sabak bernam tu...sbb semalam aku mengelak dan akhirnya tak pegi kebun sbb malas nak bangun....

nak taknak lpas 5 minit aku pun bangun dengan tangan terkulat-kulat menggosok mata yang tak boleh nak buka sepenuhnya akibat kuasa gam tahi mata kering yg kuat...

lepas sarapan ala kadar dan bersiap dengan pakaian kebun, bersama2 abg wa, kak jamie, dan mak kami pun bertolak ke kebun...bapak tak ikut sbb terpaksa pergi ke kebun lain nak uruskan hal buat jalan...


bapak ke kebun....

lepas sejam perjalanan maka kami pun tiba di kebun yang baru ini kali kedua aku jejakkan kaki ni...selepas pakai stokin dan kasut but getah, aku pun ambil parang panjang dan bergerak ke arah kawasan semak samun untuk memulakan kerja...mak bertanggungjawab untuk kerja2 memnbaja anak pokok sawit manakala kami yang lelain ni kena menebas semak samun yg sgt tebal disekeliling anak pokok sawit tuh...


adakah anda dapat bezakan antara semak & pokok sawit??



senjata nak gi berperang

beberapa ketika selepas mula kerja, penat mula terasa..maklumlah dah lama tak dtg keje kebun. balik pun jarang2 , bila disuruh pergi mengelak2 pulak...bila sdah mengah2 xleh nak salahkan sesiapa...



sampai separuh lorong aku menebas, dudukk rilek2 jap...minum2 air....kemudian sambung balik kerja sampai la abes 1 lorong sawit...ada la 3, 4kali gak aku brenti rehat...dalam kul 12 aku dok lepak makan nasi lmak sampai 2 bngkus sbgai makan tghri...sememanganya aku ni mmg perut naga, tak padan ngan budak pompuan...sambil2 makan kak jamie ada pesan,

"nnt kul 1 brenti keje, dok kat tmpat rehat diam2 sampai lpas zohor dalam kul 2..."

katanya tu mmg peraturan kebun, kul 1 dan masa azan zohor tu xleh buat kerja kalo x nnt mesti ada kena pape...ak pun pelik tapi ikut je la...mmg ada pnah dgr dari bapak...aku rasa logiknya masa azan tu setan dok berkeliaran, lagi2 dalam hutan camni.so kalau kita nuat kerja terutamanya melibatkan parang sabit camni mmg bahaya takut benda lain pulak yg terpotong nnt...



pkul 2 sambung keje balik dalam keadaan bertenaga.. akhirnya saki baki lorong2 yang perlu ditebas selesai dgn sedikit bantuan mak...dan kali ni menebas tak terasa penat lak...ni mesti sbb bantai 2 bngkus nasi lemak la nih...haha...dalam kul 3 ptg kami pun siap2 nak balik umah....

Comments