Thursday, 31 December 2009

holiday almost ends...(*A*)

  • Mood: Neutral
  • Listening to: yuki kajiura Live
  • Reading: Yandere Kanojo
  • Watching: Darker Than Black, Kimi ni Todoke
  • Playing: Zombie vs Plant
  • Eating: nasi campur2
  • Drinking: sky juice
one month of holiday seems like ending for about a week...what I'm doing these days?
relax at home and watch CSI:NY...huhuhu...the day before yesterday i went to my friends wedding at negeri sembilan...then after that, we're doing a BBQ at the beach of Bagan Lalang at midnight..the next day we just walk around and taking pictures at Sepang Gold coast....then today i'm travelling to johor and spend the rest of the week at my friend's house...5 hours travelling by car sure makes me sleepy eventhough i'm not the one who's driving...
 
gerbang  perkahwinan -__-
 
ladies intake 10




kat Sepang Gold Coast

 
 kat rumah sewa harian...sewa gila mahal

 

jom kawen bawah pedang

 

selamat pengantin baru to iman n muliana

eventhough theres so much freetime...but not many artwork I have drawn..yeah i'm a lazy person...=__=


lineart

 
coloured


i'm starting my 4th degree semester on 4th January 2010...=___=
last semester result make me a little bit sad.. T__T

New year is just around the corner so happy new year to all !!


---visit them---~Morii Group

Saturday, 12 December 2009

Cuti-cuti di Langkap

selama 3 tahun lebih ak blaja kat uitm, semester ni la baru 1st time ak dapat rasa cuti semester cam civilian....cuti sebulan lebih dgr macam lama...tapi tgklah dah nak bukak sem nnt rasa kejap la pulak cutinyer...

kalau korang dapat cuti panjang camni...apa yg korg buat???

aku bukan anak org kaya so mmg kalau nak makan angin ngan family tu cuma dalam mimpi je la...
eh jap, baru aku igt....ada...kami satu family sama2 berkelah, tapi bukan kat mana2 spot pelancongan yg best....tapi kat kebun sawit jer...hahaha...mmg btul la berkelah, sbb bawak bekal nasik kuih air sume...besh...penat2 buat keje tu dok lepak2 rehat sambil makan rambutan...hehe

memandangkan skrg ni ak dah pun memiliki laptop &  broadband(berukband) sendiri...maka hari2 jugaklah aku isi masa lapang dgn mengonlinekan diri...tapi malangnya kat ceruk kampung ni line 3G manalah nak ada....line GPRS plak dah macam chipsmore kejap2 disconnect...nak mendownlod pun takde selera...huhu...kalau nak surf internet tanpa tersekat2 waktunya adalah pada pagi2 buta dalam kul 1,2 camtu...hm....jadi aku pun dok membawa laptop tido skali dalam kelambu ni...hehe...sbb ak xnak laptop kena geget nyamok...(ceh padahal sndri yg xnak kna gigit)

aktiviti seterusnya adalah menonton telebisen atau bahasa bakunya televisyen...haha...memandangkan sejak bulan puasa yg lepas tibi tumah ni dah dilengkapi astro maka hari2 aku dok layan channel AXN, discovery channel, asian food channel dsbnya...dah addict ngan siri CSI:NY...hari2 dok layan sarapan, mkn tghri dpn tibi jer...nak pulak tv tu letaknya kat dapur...hahaha...dvd player juga letaknyer disitu, jadi selalunya adik2 ak pun layan dvd anime yg ak rembat kat ctu gak...

ada gak aktiviti biasa yg lain cthnya panjat & angkut tangga utk lap bersihkan kipas siling (biasa ke??) , pastu isi beg plastik dgn tanah utk semai benih pokok sawit (biasa kan???), gergaji dahan pokok rambutan yg dah nak hempap tiang line telepon sbb nak amik buahnya, kupas rambutan, asingkan biji dari isi rambutan utk buat jem...lagi apa yer.....haha tu je kot...

selain dari aktiviti2 kat atas ni yg lain cuma makan, tidur dan apa2 kerja harian yg org lain buat gak....hahaha...ada lagi dalam 2 minggu cuti ni...agak2 apa lak aktiviti yg aku wat lpas ni??hahahaha...have a nice holiday~

Saturday, 5 December 2009

2006-2008










Friday, 4 December 2009

tak terusik...

selalu menjenguk...tapi tak berkesempatan nak post apa2 dan blog ni tak terusik....cuti semester dah lebih 2 minggu start...dan skrg ni aku kat rumah tatau nak buat apa...ada broadband pun internet macam chipsmore...setakat ni ini je la yg termampu...


-done at Rusydee Artz-
-apa yg tangan dah buat selama ni...-

Thursday, 22 October 2009

K.O.N.V.O.K.E.S.Y.E.N -diploma version

sedih ckit sbb mak ngan bapak x dtg...








 

 












thanks a lot my frens n family sbb sudi dtg
---------------------------------------------------------------

aktiviti sampingan lpas konvo....MAKAN!!!
jenuh sehari suntuk x makan pape kecuali roti jer...









yeay~lagi setahun stngah konvo lagi~~~

Tuesday, 6 October 2009

kisah anak dara di bulan ramadhan & syawal

sebenarnya dilukis utk tujuan pertandingan melukis komik utk Meriah Ramadhan @ ILuvIslam.com bulan puasa yg lepas.salah satunya menang hadiah tp xtau yg mana satu...slamat membaca~





Monday, 28 September 2009

Cerita2 Raya

sedar tak sedar dah abis pun cuti seminggu sempena raya puasa...bagi aku raya tahun ni kurang meriahnya kalau nak bandingkan dgn tahun lpas...

---kisahnya sebelum raya---

last day berbuka kat shah alam, aku ngan 2 org kawan decide nak berbuka kat pizza hut SACC mall...sblum ni pernah rasa nak berbuka tp sbb lambat dtg, sume meja dah penuh kena booking...so kali ni kami singgah pizza hut sblum start shopping utk book tempat dulu....jumlah perbelanjaan makan utk berbuka malam tu...ehehe...xnak cerita...janji kenyang...abiskan duit utk makan xpe, asalkan x abiskan duit utk benda x elok...kan kan kan??





----------

hari jumaat sebelum raya tu aku tak ke kelas memndangkan xkan ada orang yg dtg sbb masing2 dah balik beraya awal...(kesian kat lcturer kalo dia dtg klas). lepas packing apa yang ptut, kak Jamie dtg amik dalam pkul 4 ptg pastu kami ke sentosa utk berbuka kat rumah mentua kak jamie...mak mentua kak jamie ni (namanya mak cik fatimah, sama nama ngan mak aku) peramah orangnya...anak pompuannya ada ramai...aku pn x berapa igt nama2 depa. sbb baru jumpa 2,3 kali. first time berbuka kat situ, makan tomyam...nak makan bnyak2 seganlah pulak jadi kesimpulannya aku tambah sekali jer...hehehe...lepas tolong basuh pinggan skit2 n solat, aku dok lepak tgk tv...tak bnyak cerita best...pastu dalam kul 9.30 pm temankan kak jamie beli barang dapur kat pasaraya bintang yang letaknya kat depan rumah jer...pastu balik...dalam kul 12 faiz dtg sbb ak decide nak balik kg skali ngan dia(akibat malas cari tiket bas balaik raya, jimat sket duit).terus bertolak then sampai rumah(Langkap) dalam pkul 3 pagi...masa tu bapak ngan abg2 ak x tido lagi. lepas ltak barang aku pi serbu katil utk tido sbb sepanjang perjalanan 3 jam tu faiz x bg aku tido.

esok paginya aku rasmikan hari ngan tgk dvd geng bersama anak2 buah yg kusayangi...celik2 mata trus gi tengok katun bebudak nih...lpas tu pi merayap keliling rumah utk cari daun kelapa nak dibuat anyam ketupat...anyam punya anyam sampai tghri...pastu isi ketupat tu dgn beras....pastu rebus la ketupat tu sampai masak...ptg tu ak tido jer...huhuhu




---Kisah di hari raya---

hari raya pertama macam tahun2 sblumnya.satu family berkumpul mintak maap.pastu mak jd kepala rombongan ziarah sanak saudara...bapak tinggal kat umah je...kalau nak ikutkan bapak tggal rumah sorang2 tapi bila aku pikir kesian la pulak nti bapak kena bancuh air kalau ada orang dtg...so aku decide utk stay je kat rumah...Tiba2 mak telefon bgtau ada salah seorang saudara mara sebelah mak meninggal...innalillah....

petang raya pertama, dengan memakai baju raya, aku meredah hutan belukar dusun Paman Yar (adik bapak) masa dtg ziarah rumah dia...hehehedapat la gak kutip durian sebiji dua...pastu bantai makan ketupat ngan rendang babat(perut leembu) sampai berpinggan2...hehehe

raya ke-4 pulak diraikan dengan aktiviti membaja kat kebun.seisi rumah dikerah utk turun bersama2 menjayakan sesi pembajaan pokok2 sawit pada hari tersebut...aktiviti membaja start pada pkul 9.30 pagi dan tamat pada jam 12 tghri setelah stok2 baja garam yg dibawa itu habis.Setelah penat lelah bekerja, sedapnya kalau ada air ais kan? ha....mak dah tau semuanya...sbb tu mak bawak bahan2 utk bancuh air bandung termasuklah aisnyer skali...hehehe...sodap tol la...




raya ke-6 aku datang memenuhi jemputan Ira, rakan sek menengah yg dah setahun aku tak bersua muka. Kali ni ada kenduri naik buai anak saudaranya...Sempatlah bersembang sikit2 ttg hal masing2...org tu di mana, org ni di mana, bila dia nak kawin...hehehe...sempat pulak bergambar sebelum aku balik ke rumah n janji nak dtg bagi bunga masa majlis konvo dia kat uitm shah alam 25 hb 10 ni...



 


--------------------------------------

dalm pada bnyak cerita2 gembira masa raya ni, baru je pg td aku dapat berita yg mak kepada Nadia @ yaya,( rakan batch  10 palapes laut) meninggal dunia sehari sehari sebelum raya...aku mmg terkejut sbb mmg xde sape yg bgtau berita tu hinggalah pg td. Sama2 kita sedekahkan al-Fatihah utk ibu beliau.





Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Walaupun masih ada 2,3 hari lagi kena puasa....ak ttap nak ucap Selamat berpuasa, selamat berbuka, n Slamat Hari Raya buat semua...

Tuesday, 1 September 2009

dua dalam satu...

aku memang selalunya terlambat bab2 nak ucap selamat...haihhhh
ni adalah lukisan yg aku lukis spesel utk ejan, my new classmate for this new degree semester, beberapa minit yang lepas...



Happy 21st besday anniversary utk ejan dan jugak happy 52nd birthday anniversary utk malaysia pada 31 ogos 2009

Monday, 31 August 2009

salam ramadhan


walaupun ramadhan dah sampai hari ke 10, tapi xpelah terlambat nak ucap sikit...salam ramadhan buat semua~~


Sunday, 9 August 2009

banyak cerita.....

baru2 ni rasa malasnyer nak update blog...ada bnyak event berlaku, tapi adoi...malehnyer nak menaip...huhuhu...dah la pc pun kena hantar gi format balik, ni dok menumpang kat laptop kawan atas dasar belas kasihan....ngahaha

----------------------------------------------------------------

mula2 nak citer pasal makan stimboat....ni bukanlah kali pertama aku dok makan, tapi dah kali kedua...tapi masih lagi tak tau mana satu bahan nak kena masuk dulu n macam mana nak masak dengan betul...main campak jer semua bahan...hehehe....aku, yaya, liyana, fiza ngan shu melantak stimboat ni kat Thai fusion kat Plaza alam sentral Shah Alam lepas pnat main boling yg x menang...paling xleh blah bila shu tambah bahan makanan yang comel nih...hehehe



----------------------------------------------------------------

oh ye...baru2 ni malaysia digemparkan ngan kes H1N1 kan? UiTM cuti seminggu mgkin sbb nak prevent h1n1 dari merebak...walaupun cuti raya ttap sminggu tapi semester ni dah takde study week plak..huhuhu...sebelum cuti sempena H1N1 tu...(apa pnya nama nih -__-) fakulti aku ada buat program pemantapan wawasan utk pelajar2 diploma n degree yg baru...aku pun termasuk dalam kategori ni gak...sepanjang kami ikut program tu kena pakai mask/topeng...tetiba sume org jadi masked rider plak...hehehe



----------------------------------------------------------------

baru smalam aku & bebudak batch aku dapat gambar ambik watikah masa pentauliahan kat johor bulan 6 yg lepas...puas hati gak la...tapi muka cam nak marah kat TMJ tu jer...huhu...ada gak gambar2 kawad yg ak dapat dari site facebook member2 lain...





----------------------------------------------------------------------------

harini aku gi beli laptop ngan k.jamie, faiz n abg wa...lain kali lak citer pasal tu sbb skrg laptopnya xde kat aku...

Tuesday, 21 July 2009

MesNite - majlis makan malam rejimental palapes uitm

Semalam telah berlangsung majlis makan malam rejimental bersama SPB yang dipertuan agong & raja permaisuri agong skali.....kalau nak ikutkan tentatif yg aku dengar bertolak dalam kul 8, kul 10 ada rehearsal, n kul 3 ptg ada rehearsal ngan org istana plak....tapi apa yang berlaku mmg out of schedule terus...bertolak dari uitm saja dalam kul 11 atau 11.30 camtu...perjalanan dalam sejam...tempatnya nasib baik la kat Hotel Nikko kat KL jer...

plan asal nak berpuasa semalam tak jadi...jadi lepas tolong sikit2 persiapan dewan, me n my frens gi makan kat secret recipe...tak sangka lak ada jual nasik kat situ...tapi harga toksah cakap la....boleh makan 3 kali ganda kalau gi makan kat kedai makan biasa...lepas makan n solat ada rehearsal sekejap...just nak bgtau flow majlis tu macam mana....kemudian dalam kul 5 lebih kteorang dilepaskan untuk pentadbiran sendiri...bersiap2 dengan pakaian, mekap2 dan sbagainya...walaupun org lain dok sibuk2 pakai celak tapi aku pakai bedak pun tak...sekadar cuci muka jer...hahaha


Fadilah Navy & Fadilah AirForce [kiri]

7.45 ptg kami dah standby menunggu ketibaan VVIP kat lobi grand ballroom hotel nikko...haish mmg dok bergambar sakan la kat ctu....malangnya bateri hp aku dah low, jadi tak dapat nak amik gambo bnyak2...gambar2 bnyak kat kamera org jer...tunggu punya tunggu...dalam 9.15 camtu baru masuk ballroom....lepas agong masuk n toast ucap slamat apa sume, tibalah masa yang dinanti2 kan iaitu...MAKAN!


me & hasif, member airforce yg duduk kat sblah kanan aku


muka tak senonoh budak yg kelaparan

namun apa yg tiba didepan mata taklah se-grand yang diharapkan...selain dessert aiskrim n sup cendawan- main course, salad dll gagal memberikan set menu western tu sbagai menu terbaik pnah aku rasa...better lagi menu western kat hotel bluewave masa pra mesnite aritu...Dalam kul 11 majlis makan2 n penyampaian hadiah sume tamat...bergmbar, kemas2 dewan, pastu bertolak balik dalam jam 12 lebih...disebabkan letih pagi ni aku ponteng klas......sbb nak tido pnya pasal...huhuhuh

Related Posts with Thumbnails