Jom Buat Kuih Raya...

Hari ni saya tolong kakak saya buat kuih raya...hehe...bila tgk cam sedap jer...baunya apatah lagi...nasib baik aku pose...hehehe...Resipi ni pun tgk buku jer...

Biskut Corn Flakes Rangup

Bahan-bahan
A

180 g tepung gandum
60 g tepung jagung
1 1/2 cawan Nestle Corn Flakes (dikisar halus)

120 g gula kaster
60 g mentega tanpa garam
1 biji telur, dipukul sedikit
2 1/2 camca teh esen vanila

Nestle Corn Flakes, dikisar kasar [kami gantikan dengan nestum]


CARA MEMBUATNYA

1. Ayak bersama bahan A, masukkan Nestle Corn Flakes, ketepikan.
2. Pukul krim mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan esen vanila.Pukul sebati.
3. Kaup balikkan campuran Nestle Corn Flakes dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil 1 camca teh adunan dan bentukkan kepada bebola kecil.Setiap bebola ini disadur dengan Nestle Corn Flakes (yang dikisar kasar tadi).Letak di atas tin pembakar yang telah di lenser.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 175 darjah Celcius selama 15-20 minit atau hingga kekuningan

Saya nak letak gambar contoh yang saya dah buat...Tapi ada problem skit..Esok2 lah ye...Selamat mencuba dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~~~


Comments